Beberapa hari yang lalu, Fathia Latif telah memuatnaik gambar bersama pelakon kacak Indonesia, Baim Wong.

Memang menjadi lumrah dalam dunia hiburan bukan setakat populariti ataupun glamor sahaja, ia juga akan mengundang kontroversi dan gosip kerana setiap tindakan mereka akan diperhatikan, mahupun gambar yang dikongsi di laman sosial.

Foto Fathia yang dimuatnaik bersama Baim sekali gus mengundang tanggapan ramai mengatakan mereka menjalin hubungan oleh kerana kapsyen yang ditulis begitu romantis.

Fathia Latiff Gembira Luangkan Masa Bersama Baim Wong

“Thanks for being so sweet, we had a great time! i swear,” tulisnya

Kunjungan Fathia ke Jakarta bertemu dengan pelakon popular Baim Wong mendapat reaksi yang baik daripada peminat. Ada yang suka lihat mereka berdua bergandingan seperti sepasang kekasih, ada juga memuji pelakon Ariana Rose ini yang sentiasa cantik.

IKLAN

Fathia Latiff Gembira Luangkan Masa Bersama Baim Wong

Gambar tersebut juga mendapat perhatian peminat dari seberang yang merestui hubungan mereka.

Pun begitu, ada juga yang mempersoalkan cara pemakaian Fathia. Dalam ruangan komen tersebut, netizen menegur baju berkenaan tidak sesuai dengan imej Fathia sebagai wanita muslim berhijab kerana terlihat sebahagian di bawah dada. Malah ada yang menegur dada dan leher masih terdedah walaupun bertudung.

IKLAN

Fathia Latiff Gembira Luangkan Masa Bersama Baim Wong

Terdahulu, pada tahun lepasa Fathia juga pernah menjadi bualan bakal berkahwin Baim. Gosip itu beredar oleh kerana mereka dilihat bersama ketika menjayakan sebuah drama arahan Erma Fatima di New York.

Nampaknya ada segelintir peminat mahukan Fathia dan Baim bercinta dek kerana keserasian mereka. Mereka juga turut mendoakan yang baik-baik. 

IKLAN

Sementara itu, Fathia sebelum ini pernah menjelaskan hanya menganggap Baim sebagai kenalan artis sahaja. 

Fathia Latiff Gembira Luangkan Masa Bersama Baim Wong

Fathia Latiff Gembira Luangkan Masa Bersama Baim Wong

Fathia Latiff Gembira Luangkan Masa Bersama Baim Wong

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI