Nampaknya macam-macam dugaan yang harus dilalui oleh Fattah Amin. Dari satu hal ke satu hal, ada sahaja isu yang berbangkit.

Baru-baru ini peminat pelakon Korea Selatan, Gong Yoo di Malaysia membantah pengambilan Fattah sebagai watak utama dalam drama Coffee Prince versi Melayu.

Fatah Terkejut Terima Petisyen Dari Peminat Coffee Prince

IKLAN

Walaupun masih belum ada hitam putih yang mengesahkan pembabitannya dalam drama ini, Fattah agak terkejut bila mengetahui tentang petisyen bantahan yang telah diwujudkan.

Menerusi laporan Harian Metro, Fattah yang baru sahaja pulang daripada rakamam program TV di Hutan Belum, Perak terkejut dan tidak tahu menahu langsung tentang perkara ini.

IKLAN

“Saya tidak tahu hujung pangkal pun. Tiada liputan telefon di sana dan saya ‘terputus’ hubungan dengan dunia luar.

“Sebaik pulang dari Hutan Belum, saya dimaklumkan bahawa pemilihan saya sebagai hero drama versi Bahasa Malaysia arahan Michael Ang mendapat bantahan pengikut setia drama asalnya,” katanya pada Harian Metro.

Menurutnya lagi, walaupun sudah beberapa kali bekerja dengan Michael Ang dan menganggap pengarah tersebut banyak membantu menaikkan namanya, dia langsung tidak terfikir akan mengalami situasi seperti ini.

Fatah Terkejut Terima Petisyen Dari Peminat Coffee Prince

IKLAN

Sungguhpun begitu, Fattah menyerahkan segalanya kepada pihak penerbit dan pengarah untuk membuat segala keputusan dan akan memikul tugasan sebaik mungkin sekirannya pihak produksi masih mahukan penglibatannya.

“Saya serahkan kepada pihak produser dan pengarah untuk membuat keputusan. Jika mereka merasakan saya layak memegang watak utama dan tidak hirau dengan bantahan serta kritikan peminat drama Coffee Prince, saya seperti biasa akan menggalas tugas yang diberikan sebaik mungkin,” jelasnya.

SUMBER : Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI