Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Bahang kemeriahan hari raya yang bakal menjelma dalam beberapa hari lagi sudah semkin terasa. Ramai yang sudah mula pulang ke kampung halaman bagi meraikan Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

Buat pelakon popular, Fasha Sandha, dia juga sudah pulang ke kampung halamannya dan apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila Fasha memilih untuk menaiki KTM (Kereta Api Tanah Melayu) untuk pulang ke kampung.

Fasha juga memberitahu dia ruang kapsyen gambar yang dikongsikan di akaun instagramnya bahawa anak-anak gembira dapat pulang beraya di kampung selama tiga minggu.

“Happy sangat anak2 balik kampung for 3 weeks. KTM ETS adalah cara yang paling best dan rilex untuk menuju ke Perlis. Terima kasih ETS ❤😇

 

First experience! 5 bintang #iburayfalraysha @wlfs4eva @elisyasandhaofficial #latergram,” tulis kapsyenya.

Rata-rata pengikut Fasha di akaun instagramnya telah memberikan komen yang positif dan turut mendoakan perjalanan Fasha pulang ke kampung dengan selamat.

abklala: Waaoow seronoknya… beraya balik kg. Perjalanan jauh. Naik keretapi lagi….

muhammadrayyannaufal_05: sempoii

ohdyra: Kak fasha semoga selamat sampai and selamat hari raya .. maaf sgt dyra xdpt nk mekap kak fasha jumaat ni ..

effahartina: Smoga fasha sanda n family slamat pergi n slamat pulang

ezann83: Sempoinya fasha… Mmg respect

Mesti ramai peminat Fasha yang serbu untuk bergambar dengan Fasha semasa menaiki KTM ETS tu kan.

Dikesempatan ini kami dari team MH Online ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat Fasha dan keluarga.

Sumber: Instagram Fasha Sandha

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: