Bekas pelajar Akademi Fantasia Musim kelapan, Farina bakal menamatkan zaman solonya Ogos depan.

Terdahulu, Farina atau nama lengkapnya, Zafarina Jambari telah pun mengikat tali pertunagan bersama lelaki pilihan yang bertugas sebagai Jurutera Audio Mei lalu.

Majlis tunang telah dilangsungkan di kediaman pihak perempuan di Bintulu, Sarawak dan hanya dihadiri teman rapat dan keluarga kedua belah pihak sahaja. 

IKLAN

Farina turut berkongsi sekeping gambar sarung cincin menerusi akaun Instagram.

Farina AF8 Kahwin Ogos Depan

IKLAN

Ditanya mengapa mengadakan majlis tunang secara tertutup, Farina yang sebelum ini pernah hadir dengan single berjudul Hujung Minggu dan Yang Benar memberitahu, hal tersebut di atas permintaan kedua pihak keluarga.

IKLAN

“Selain itu, kami rancang mengadakan majlis yang hanya dihadiri insan terdekat saja, saya pun tidak mahu terlalu war-warkan hal pertunangan kerana ia hanyalah majlis tunang. Bukan nikah pun. Lagi pun kami memang mahu majlis berlangsung dalam suasana low profile, begitu juga dengan majlis nikah nanti, insya-ALLAH,” katanya.

Farina AF8 Kahwin Ogos Depan
Ditanya sejauh mana persiapan perkahwinannya setakat ini, Farina menjelaskan persiapannya sudah hampir selesai memandangkan majlis akan dilangsungkan tidak lama lagi.

“Majlis akan dilakukan di Kuala Lumpur sahaja. Nikah dan sanding sekali gus dan hanya diadakan di sebuah lokasi saja.

 

“Hampir 80 peratus sudah siap. Harap semua mendoakan dan semoga perkahwinan kami nanti akan dipermudahkan,insya-ALLAH,” pohon Farina yang telah pun bergelar ibu tinggal selama 15 tahun.

Tahniah dari MH Online dan semoga rumah tangga yang bakal dibina akan berkekalan selamanya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI