Select Page
  • 307
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    307
    Shares

Kes Farid Kamil memang sedang hangat diperkatakan, bukan sahaja di kalangan peminat dan ahli keluarga, kisahnya juga menjadi bualan hangat di kalangan selebriti.

Walaupun ramai yang turut bersimpati ke atas nasib Farid namun ramai juga yang cuba memberi pandangan masing-masing.

Terbaru, selebriti yang sentiasa dibelengu dengan kontroversi, Fathia Latiff telah tampil di ruangan twitter dan berkongsi pandangannya sendiri mengenai isu ini.

Katanya, Farid sedang dalam keadaan marah, segalanya boleh terjadi. Malah, Fathia percaya kerana perasaan itu, seseorang boleh hilang kawalan diri.

Bagaimanapun tweet Fathia telah menimbulkan pelbagai persoalan dan perbalahan apabila pelakon tersebut mencabar pihak polis untuk melakukan ujian air kencing pula.

Tweet ini telah menyebabkan ramai orang memberi respon dan syak sesuatu terhadap pelakon ini.

Seperti biasa, ramai netizen yang berkata sinis kepada pelakon ini dan meminta Fathia untuk berhenti mengeluarkan apa-apa statement mengenai isu ini.

.

Tetapi, Fathia telah menjelaskan sekali lagi apa yang dimaksudkannya. Menurut Fathia walaupun Farid bersalah dalam hal ini namun sebagai seorang anggota polis mereka tidak boleh menyebarkan apa-apa maklumat yang boleh mengaibkan ahli keluarga Farid seperti penyebaran gambar.

Namun sekali lagi, Fathia telah diberi kata-kata sinis yang penuh dalam maksudnya…

Aduh terhibur betul MH tengok reaksi-reaksi yang ada-ada sahaja netizen ‘menyakat’ Fathia.

 

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: