Personaliti televisyen dan juga model muslimah terkenal, Farahanim Razak kini sedang hamil lima bulan.

Pastinya kandungan ini membuatkan Hanim dan suaminya gembira kerana bakal bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi.

Namun apa yang lebih menggembirakan adalah apabila kandungannya kembar.

Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Hanim menerusi akaun Instagram. Dia sangat bersyukur dengan rezeki cahaya mata yang dikurniakan oleh ALLAH SWT kepadanya.

IKLAN

“Syukur Alhamdullilah di atas nikmat yg Allah berikan kepada Anim & Arif, terima kasih utk doa doa yg indah, ibu bapa dan insan insan tersayang disekeliling kami, sungguh rezeki Allah itu tidak diduga.

 

“sepanjang 5 bulan ini, banyak nya pengalaman manis menjadi bakal ibu 🙂 banyak nya Arif juga bersabar dan berkorban utk Anim..

 

“diharapkan doa doa dari anda sekalian agar twins kami sihat sempurna, soleh & solehah dan disayangi. mommy daddy can’t wait to see you guys soon sayang! @aifden,” tulis Hanim.

A post shared by @farahanimrazak on

Rata-rata pengikut juga peminat Hanim telah mengucapkan tahniah dan memberikan kata-kata doa buatnya serta bayi di dalam kandungan.

farah.hashan: Twins??? Ya Allah rezeki sgtttt anim.. Semoga dipermudahkan urusan. Daddy kena work hard lebih laaaa utk 2 skali kua tros. Huhuhu

IKLAN

syaaa313: Omaigaddd..twinssss,hrp akk always sihat…bnykkn mkn kurma,n mknn sunnah…n my salu psn,time prgnnt bnykkn main mtematik..

lailaaaylaaa: MashaAllah twins ??? tahniah Kak Animmmm…. Semoga Allah permudahkan segala urusan

IKLAN

wndiaa: Congrats Anim! Anim dan Arif ada sejarah family twins ke apa ni bestnyaaaaaa dapat twins ?!❤?

MH Online juga turut ingin mengucapkan tahniah dan semoga ibu serta bayi-bayi di dalam kandungan sentiasa diberi kesihatan yang baik.

Sumber: Instagram Farahanim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI