Kreografer merangkap sutradara Bollywood, Farah Khas mengakui tidak adil buat pendatang baru seperti Janhvi Kapoor apabila peminat mulai membandingkan kualiti tarian bintang muda tersebut dengan mendiang ibunya, ikon Bollywood, Sridevi.

Menurut Farah seperti yang dipetik menerusi media tempatan berkata, dia yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan mendiang Sridevi dan anaknya kini menerusi filem Dhahak mengakui, adalah tidak adil untuk membandingkan mereka.

Dia percaya, setiap pelakon mempunyai cara tersendiri dari sudut kreativiti dan ia perlu dihormati semua.

Farah Khan Minta Peminat Tidak Bandingkan Kualiti Tarian Mendiang Sridevi Dengan Anak Perempuannya, Janhvi Kapoor

IKLAN

“Janhvi (anak Sridevi) sangat manis dan seorang penari yang baik. Dia cepat tanggap apa yang dipelajari dan untuk membandingkan mereka, adalah suatu perkara yang sangat tidak adil.

 

Sridevi pada ketika itu sudah pun veteran sementara Dhahak adalah filem pertama anaknya,” luah Farah.

Terdahulu, kematian mengejut Sridevi,54, yang meninggal dunia kerana lemas menggemparkan dunia hiburan seluruh dunia dua minggu lalu dan kematiannya turut diberikan penghormatan di Anugerah Akademi ke-90 baru-baru ini, sebagai mengenang dedikasinya terhadap seni lakon.

Farah Khan Minta Peminat Tidak Bandingkan Kualiti Tarian Mendiang Sridevi Dengan Anak Perempuannya, Janhvi Kapoor

Sepanjang kerjayanya, mendiang yang sudah pun beraksi di dalam lebih 150 buah filem pelbagai bahasa di India cukup dikenali sebagai antara aktres yang cukup pandai menarik, baik tarian klasik mahu pun moden.

IKLAN

Jadi tidak hairanlah sekiranya para peminat bintang legenda itu membandingkan kualiti tarian mendiang dengan anak gadisnya.

Farah Khan Minta Peminat Tidak Bandingkan Kualiti Tarian Mendiang Sridevi Dengan Anak Perempuannya, Janhvi Kapoor

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Dhahak yang merupakan sebuah remake daripada filem popular, Sairat turut menampilkan seorang lagi aktor baru, Ishaan Khatter. Ishaan sebelum ini pernah muncul menerusi beberapa buah filem lain, termasuk Waah Life Ho Toh Aisi dan Udta Punjab.

Filem berkenaan dijangka bakal di tayangkan terlebih dahulu di Utara India sekitar Disember depan.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI