Berdepan dengan tekanan untuk membawakan watak dengan berkesan serta diuji masalah peribadi adalah cabaran besar yang tidak dapat dilupakan pelakon Ezzaty Abdullah.

Jelas wanita berusia 27 tahun ini, cabaran itu dihadapi ketika menjalani penggambaran filem pertama lakonannya, Kau Takdirku, kira-kira tiga tahun lalu.

Dalam filem arahan Jason Chong ini, Ezzaty bergandingan dengan aktor, Bront Palarae dan Remy Ishak,

“Kau Takdirku adalah filem pertama saya dan ketika itu masih baru dalam industri. Sudahlah baru, digandingkan dengan dua nama besar, jadi gementar dan takut itu memang ada,” akui Ezzaty yang turut tertekan pada awalnya kerana sukar membawakan watak seperti dimahukan pengarah.

Ketika itu juga, dia berdepan masalah dengan bekas tunang dan tidak dapat meluah rasa kerana berjauhan dengan keluarga.

Tambah Ezzaty, dek tekanan itu, dia pernah hilang kewarasan dan terdetik untuk melakukan sesuatu yang melampaui batas tapi cepat beristighfar dan banyak berdoa dalam solat.

IKLAN

“Memang saya agak marah dengan diri sendiri bila terdetik rasa yang tak sepatutnya. Lagipun keluarga sudah berikan didikan agama sejak kecil. Alhamdulillah, ALLAH SWT memakbulkan doa saya dan akhirnya dapat menyelesaikan kerja serta mengatasi masalah peribadi dengan cara yang betul,” ujarnya ketika ditemui media selepas tayangan filem Kau Takdirku di ECurve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Tambah Ezzaty, pengalaman itu menjadikannya lebih matang dan akan memastikan situasi itu tidak berulang.

Berkongsi pengalamannya berlakon dalam filem itu, Ezzaty berkata, mereka berkampung selama sebulan di Pulau Langkawi dan seminggu di Pulau Tioman.

IKLAN

Membuktikan komited dalam lakonan serta tidak mahu menyusahkan orang lain, Ezzaty sempat mengambil kelas lakonan bersama Fauziah Nawi dan dia cukup bertuah kerana Bront dan Remy banyak membantu selain sentiasa profesional untuk mencipta keserasian.

“Pengarah juga banyak membantu. Walaupun ada ketikanya kami tidak sependapat, tapi akhirnya saya dapat ikut apa yang dia mahukan. Bila dah lihat hasilnya, saya rasa lega dan berpuas hati dengan apa yang saya lalui sepanjang penggambaran,” ujarnya.

Ditanya tidakkah dia ralat apabila filem ini ditayangkan saat dia sedang memperlahankan karier seni, Ezzaty menafikan dan percaya dengan strategi pihak produksi.

IKLAN

“Saya rasa mereka lebih arif dan tahu mengapa perlu ambil masa tiga tahun sebelum menayangkan filem ini kepada umum,” katanya.Berehat demi anak.

Berkongsi perkembangan terkini, Ezzaty memberitahu dia sibuk memberi tumpuan kepada perniagaan produk kecantikan, Vermillion Malaysia sejak berehat daripada lakonan.

Ujar isteri kepada aktor Azwan Kombos ini, dia akan berehat sehingga habis tempoh berpantang 100 hari.

“Alhamdulillah kandungan saya dah masuk enam bulan. Saya lalui pengalaman yang sangat berharga apabila baby dah mula bergerak dan menendang.

“Lucunya bila Azwan memegang, dia terus senyap, mungkin dia malu dengan ayahnya.

 

“Insya-ALLAH sepanjang berpantang nanti, saya akan dijaga ibu dan berpantang 100 hari kerana nenek juga galakkan begitu,” kata Ezzaty yang sudah meninjau keperluan bayi dan akan membuat persiapan kelahiran apabila sudah memasuki lapan bulan.

Menurut Ezzaty, dia dan Azwan tidak kisah jantina anak mereka namun sentiasa berdoa kandungannya sihat serta sempurna.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI