Tiada siapa dilahirkan sempurna. Namun, kesempurnaan satu yang subjektif dan kekurangan pula tidak semestinya satu kelemahan.

Evita Patcey Edgar Delmundo, 20, memiliki wajah dan tubuh yang dipenuhi dengan yang memiliki tahi lalat di seluruh badannya menyebabkan dia sering dipinggirkan ketika zaman kanak-kanak kini mendapat perhatian ramai apabila kisahnya tular di media sosial.

Buat masa sekarang ini, gadis berasal dari Kota Kinaballu ini bekerja separuh masa di Car Studia dan Café sementara menunggu panggilan untuk melanjutkan pengajian di universiti.

Evita memuat naik satu gambar dengan satu kapsyen “Go fight for it no one will stop you” ,Evita pasti ingin memastikan bahawa kekurangan daripada aspek fizikal tidak boleh menundukkan keinginan dan impiannya untuk berjaya suatu hari nanti.

IKLAN

Evita Gadis ‘Chipsmore’ Kini Popular

Semangat Evita dapat menyampaikan nasihat serta dorongan kepada mereka yang sebaya dengannya agar jangan menjadikan kekurangan itu sebagai penghalang untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu, hiduplah dengan penuh keyakinan dan sentiasa bersyukur atas apa yang telah diberikan oleh Tuhan.

IKLAN

Menurut Evita, kini dia bangga kerana memiliki wajah yang istimewa dan sedar keunikan dirinya untuk mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik.Evita juga turut dijadikan inspirasi kepada remaja lain yang memiliki kekurangan agar yakin dengan diri sendiri.

Evita Gadis ‘Chipsmore’ Kini Popular

IKLAN

Evita pernah terfikir untuk membuangnya tetapi berdasarkan pakar kulit yang dia jumpa menyarankan untuknya tidak membuangnya, risaukan akan mendatangkan lebih kemudaratan kepada kesihatan.Namun,Evita menerima keadaan ini dengan berfikiran terbuka dan positif.

Memiliki 21 ribu pengikut di Instagram, Evita sering mendapat kata-kata semangat daripada pengikut dan rakan-rakannya yang turut mengagumi keyakinan dan semangat Evita berdepan dengan masyarakat.Selain itu juga,dengan bakat menyanyi dan bermain gitar,rata-rata pengikutnya menjadikan dirinya sebagai inspirasi.

Sumber : Instgram evita_delmundo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI