Menerusi entri milik primadona jelita, Erra Fazira telah memuat naik gambar bertiga bersama anak tunggalnya, Aleesya dan juga pelakon cantik dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

Malah, pelakon itu juga berkata dia senang melihat kehidupan baru anak tunggalnya, Engku Aleesya yang bahagia bersama ibu tirinya itu.

“Bahagia melihat kalian bahagia. Bonda (Bella) jemput Aleesya, Sorry Mom belum bersiap tapi sempat juga nak berphoto.

 

“Terima kasih bonda kerana buatkan princess kami happy, hugs and kisses.” tulis Erra menerusi akaun miliknya.

Kemesraan mereka tunjukkan turut mendapat perhatian netizen dari Indonesia yang memuji keakrabannya dengan isteri kepada bekas suaminya.

IKLAN

Malah, Bella juga turut menyifatkan Aleesya sebagai harta paling berharga buatnya setelah menikahi Engku Emran.

Erra Bahagia Aleesya Dapat Ibu Tiri Yang Baik

IKLAN

Ruangan komen di Instagram Erra juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dan meninggalkan komen memuji sikap kedua wanita cantik ini sebagai contoh yang baik serta wajar dicontohi.

Perkongsian pelakon filem Warna Cinta Impian itu telah menerima lebih daripada 227,099 likes setakat ini sejak di muat naik semalam.

IKLAN

Rata-rata pengikutnya berkata Aleesya beruntung mendapat dua ibu yang sangat penyayang. Malah mereka turut mendoakan Erra agar mendapat jodoh yang baik.

Aleesya, 8, merupakan anak tunggal Erra Fazira hasil perkahwinan dengan usahawan Engku Emran.

Terdahulu, Engku Emran bernikah dengan Laudya Cynthia Bella di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 8 September yang lalu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI