Pelakon cantik, Emma Maembong kini dikatakan sakit dan mengalami masalah migrain yang teruk. Hal ini diberitahu oleh pelakon itu sendiri menerusi satu rakaman video.

Video itu dimuatnaik di akaun Instagram yang diwujudkan untuk Emma dan kekasihnya, Kamal Adli.

Emma Maembong Alami Migrain Teruk

Menurut Emma lagi, disebabkan migrain itu menyebabkan mata sebelahnya merah dan mengalami deman selsema.

IKLAN

“Yang tanya saya sakit apa, saya migrain yang sangat-sangat teruk sampai mata saya pun merah sebelah.

 

“Sakit bibir pun tidak tahu kenapa, sakit tekak, selsema, demam dan juga batuk,” Ujar Emma menerusi pengkongsiannya di akaun @official_kamalemma semalam.

Ruangan komen di instagram itu juga dihujani pelbagai reaksi daripada  pengikutnya Emma di laman sosial yang simpati dengan keadaan pelakon drama Awak Suka Saya Tak itu.

Perkongsian video itu telah menerima lebih daripada 22,633 tontonan setakat ini. Rata-rata pengikutnya menasihati Emma supaya sentiasa banyakkan minum air kosong bagi menghilangkan sakitnya itu.

Malah, mereka juga turut mendoakan Emma agar segera sembuh seperti sedia kala.

IKLAN

Terdahulu, Emma juga dilihat di Instagram miliknya dimasukkan ke hospital akibat mengalami masalah kesihatan.

Emma Maembong Alami Migrain Teruk

IKLAN

Awal Januari lalu, Emma telah dikejarkan ke hospital setelah mengalami sakit perut yang serius dan doktor mengesahkan dia dijangkiti virus menyebabkan dia terlantar di hospital beberapa hari.

Kami di MH Online berdoa agar kesihatan Emma terus kembali pulih dan sihat seperti sediakala.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI