Pelakon dan pengacara kecil molek, Elfira Loy, 23, menepis desas desus yang mengatakan dia akan mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Suffian Suhaimi Oktober depan.

Bagaimanapun jelas Elfira, dia dan Suffian akan terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada bulan berkenan.

“Insya Allah saya dan Sufian akan bertunang pada Oktober ini di kediaman keluarga saya.

 

“Bagaimanapun saya tidak boleh berkongsi perincian majlis kerana keluarga saya belum menetapkan tarikh majlis berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas sidang media memperkenalkan duta Maydan di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Dalam majlis berkenaan Elfira dilantik selaku duta bersama Fattah Amin dan Nur Fazura.

IKLAN

Terdahulu menerusi ruangan pojok sebuah akhbar tempatan mengatakan pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan pada Oktober ini.

Elfira Bertunang Oktober Ini

IKLAN

Tambah Elfira lagi, dia juga belum membuat sebarang persiapan baik untuk majlis pertunangan mahupun perkahwinan.

IKLAN

“Saya agak sibuk sekarang sebab itu belum berkesempatan nak buat persiapan. Tapi tak tahulah kalau mama ada buat persiapan dalam diam,” katanya.

Ditanya sudahkan dia bersedia untuk bergelar isteri pada usia muda, Elfira berkata, dia juga belum punya jawapan pasti tentang perkara itu.

“Kalau orang tanya, saya jawab lalu sahaja lah. Tapi segala debaran masih belum terasa. Tak tahulah bila tiba masa nanti.

 

“Tapi saya dah mula belajar sikit-sikit untuk bergelar isteri. Contohnya kalau lepas Subuh saya tak tidur lagi.  Saya akan kemas rumah dan buat apa yang patut,” ujarnya.

Sufian sebelum ini telah menghantar rombongan merisik Elfira ketika perayaan Aidilfitri yang lalu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI