Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Baru-baru ini MH Online ada berkongsi cerita tentang pelakon wanita, Eira Syazira kini sedang hamil anak ketiga dan berita kehamilannya itu dikongsikan sendiri oleh suaminya yang juga seorang pelakon, Azad Jazmin.

Sejak berita kehamilan Eira ini diketahui ramai, ada segelintir netizen berasa sedikit terkejut kerana Eira baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya sembilan bulan yang lalu dan kini usia kandungannya sudah mencecah 7 bulan.

Azad tampil menjelaskan tentang kehamilan isterinya melalui sebuah rakaman video yang dikongsi di akaun Instagram dan berkata dia menganggap ini adalah rezeki daripada ALLAH SWT.

“Saya Pun Tak Tau.. hehe rezeki Allah..,” tulis kapsyen pada video perkongsian Azad.

Dalam video tersebut Azad berkata, dia sebagai suami juga turut berasa pelik dengan kehamilan isterinya kali ini dan dia mengibaratkan perut isterinya semalam kempis dan hari ini sudah kembung.

Mari kita tonton video perkongsian Azad ini.

Mungkin kehamilan Eira kali ini sedikit berbeza dengan pengalaman mengandung sebelumnya namun begitu Azad menganggap ia adalah kebesaran dari yang Maha Esa.

Rata-rata pengikut Azad telah menghujani ruang komen dengan mengucapkan tahniah kepada Azad dan Eira yang bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.

nuraf1qh: Hahahahahahahahaha cakap pun lawak azad ni. Alhamdulillah rezeki allah yg tak di duga. Tahu2 dah 7m 😍

ilovejellybunny: kami doa kali ni lelaki sbb lain mcm lua biase prgnantnye.. dahla keep slim pastu fits.badan pn xkmbg cm before ni.. kami peminat pn happy weh.. xsabaq nk tgu baby tu.. tahniah pak azad

dayamisu: Mmg ad kes cmni..its normal bang azad. Sedar2 dh 6 or 7 months. But prot xnmpak. sy rasa bby u ols kli nie laki kot…doa sy buat both of you smoga kak eira n bby slmat..congrats! Im happy for ya. One of your fans .

Azad juga turut berkongsi gambar perbezaan perut isterinya yang dikatakan di dalam video tersebut.

“Pic Kebaya Moden Merah macam tak mengandung 23/09/2107 nampak macam normal riang dan ria

 

“But hari ni my beautiful wife @eirasyaziraofficial 7 Bulan pregnant… lagi 2 bulan nak beranak.. Ya Allah dasyatnya Kebesaran mu Ya Allah… Terima Kasih Ya Allah.. Satu lagi permintaan saya ya Allah.. tolong sat bg rezeki yg sama macam saya kat semua peminat2 saya yg nak anak sangat sngat… itu saja permintaan saya Ya Allah..,” tulis Azad pada kapsyen gambar berkenaan.

Semoga Eira dan kandungan sihat sehingga saat melahirkan dan kami di MH Online juga mendoakan segala urusan dipermudahkan.

Sumber: Instagram Azad Jazmin.

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "