Pelakon Datin Paduka Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 21, menjadi sebutan di media sosial setelah memuat naik sebuah video di Instagram miliknya membantu gelandangan walaupun ketuika bercuti bersama suaminya, Datuk Paduka Kaiser.

 

Menerusi video tersebut, Eina dan suami dilihat memberi bantuan makanan kepada golongan kurang bernasib baik yang dipercayai pelarian dari Syria.

Eina Azman Bantu Gelandangan Orang Syria Di Paris

IKLAN

“Salam semua, hari ni adalah hari terakhir saya dan suami berada di paris. Alhamdullilah happy dapat spend time berdua dengan suami tapi dalam kegembiraan kami, kami juga agak rasa sedih.

 

 

“Sedih melihat anak-anak kecil tido di tepi jalan dengan kelaparan bersama keluarga. Hari-harisaya akan lalu area lafayette dan champ elysees saya akan nampak mereka yang kebanyakkannya orang Syria.

 

 

“Mereka tak minta saya duit. Tapi cuma nak makan! ya allah. Saya post ni sebab saya rasa sangat-sangat, sebab saya pun ada anak kecil iaitu Aubreykarl.

 

 

“Bayangkan kalau kita di tempat mereka? Bayangkan kalau anak-anak kita yang tido di tepi kaki lima dengan keadaan sejuk kalau kita tak boleh beri dari segi Wang, kita boleh tolong dari segi mcm mana pun yang kita mampu, yang penting ikhlas!”

 

 

“Ya Allah kalau kita rasa diri kita susah, ramai lg yang hidup susah. Bersyukur lah apa saja yang kita ada , jangan la pernah ada rasa tidak bersyukur,” katanya. 

Rata-rata netizen mengakui tersentuh dengan sikap baik Eina dan suami terhadap golongan kurang bernasib baik seperti itu. Mereka juga berharap lebih ramai insan seperti Eina dan suami.

Eina berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, 37 pada 31 Ogos 2014 dan dikurnianya anak kembar yang comel, Karl Kareef dan Arianna Aubrey.

IKLAN

 

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Eina dikhabarkan bakal kembali aktif sebagai pelakon bermula penghujung tahun ini dan memberitahu sudah pun menerima beberapa tawaran lakonan.

Sumber : Instagram Eina Azman

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI