Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Biarpun lagu-lagu ciptaannya di anggap sebagai ‘kampung’ dan tangkap leleh, komposer Eddie Hamid

Tidak pernah berhasrat untuk mengubah haluan kerana menganggap muzik sebegitu sebagai identiti dirinya dari dulu sehinggalah sekarang.

“Dulu saya pernah terfikir nak tukar konsep kerana ramai yang kata lagu saya tidak sealiran dengan muzik pilihan ramai ketika itu, namun kata-kata arwah Loloq telah menetapkan pendirian saya untuk terus mempertahankan identiti muzik saya sendiri.

 

“Arwah pernah katakan pada saya supaya bangga dengan identiti muzik sendiri tanpa perlu terpengaruh atau meniru gaya muzik orang lain kerana identiti itulah yang akan mengangat anma saya suatu hari nanti.

 

“Kata-kata itu ada kebenarannya apabila muzik tangkap leleh itu begitu sinonim dengan nama Eddie Hamid dari dulu sehingga ke hari ini di mana apa sahaja lagu yang berbunyi tangkap leleh akan disangka sebagai lagu saya meskipun ia merupakan lagu orang lain,” jelas Eddie.

Eddie mula menulis lagu ketika bertugas sebagai A&R syarikat rakaman BMG Music apabila diberikan peluang oleh Aziz Bakar.

“Kalau ikutkan saya bukanlah pandai sangat pun tulis lagu, namun disebabkan peluang dan kepercayaan yang diberikan Aziz, maka saya cuba untuk menggunakan minat dan pengetahuan saya dalam muzik dengan sebaiknya.

 

“Maka terhasillah lagu pertama ciptaan saya, Kau Tetap Di Jendela Kenanganku (1996) nyanyian kumpulan EYE dan kemudiannya diikuti dengan lagu Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta nyanyian Spring yang telah mendapat sambutan di luar dugaan.

 

“Biarpun begitu saya masih belum berpuas hati kerana pada masa itu saya merasakan lagu tersebut diterima kerana populariti Spring sebagai kumpulan yang sudah ada nama yang besar dalam industri,” jelas Eddie.

Justeru Eddie terus mencari formula terbaik untuk melakukan sesuatu yang besar dalam kerjayanya sebagai komposer sehinggalah terhasil lagu Rindu-Rindunya nyanyian kumpulan Spoon yang mendapat sambutan hangat, malah lagu ini meraih kedudukan teratas beberapa carta lagu popular di radio.

“Saya anggap kejayaan saya dalam bidang penciptaan lagu bermula di sini, kerana lagu ciptaan saya telah berjaya memperkenalkan dan sekaligus menaikkan nama Spoon dalam industri.

 

“Kejayaan itu memberikan semangat kepada saya untuk terus mencipta lagu dan paling penting lagu-lagu saya ini berdiri dalam satu identiti yang menjenemakan nama Eddie Hamid tanpa ada pengaruh daripada muzik lain yang telah sedia ada ketika itu.

 

“Pencapaian yang cukup membanggakan buat saya di mana pernah satu ketika di dalam carta lagu popular radio, tempat pertama sehingga keenam telah diduduki oleh lagu-lagu ciptaan saya,” imbasnya.

Berkongsi tentang perkembangan terbarunya, kata Eddie dia kini sedang giat menulis lagu tema untuk drama-drama terbitan syarikat produksi A. Aida Production selepas pernah popular dengan lagu Halimah Jongang.

“Ramai yang ingat saya sudah tidak aktif dalam bidang seni, namun hakikatnya saya masih lagi giat menulis lagu, cuma tidak berada di depan seperti dulu.

 

“Insya-ALLAH selepas ini saya akan tampil dengan lebih banyak karya baru dan sekiranya lagu-lagu tangkap leleh saya ini tidak mendapat tempat di radio, peminat boleh mendengarnya di medium lain seperti Youtube, Facebook dan sebagainya,” tegas Eddie.

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "