Jika sebelum ini beberapa barisan artis ada membuat parodi malah cover (nyanyian semula) lagu ‘berhantu’ I Am Me, kali ini Datuk Seri Vida cuba mencabar seorang artis yang sangat disanjungi oleh rakyat Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza.

DSV Seru Siti Nurhaliza Nyanyi I Am Me?

Menerusi sebuah temu bual bersama mStar Online, Vida memberitahu dirinya langsung tidak sangka lagu tersebut mendapat penerimaan orang ramai malah ramai juga yang telah membuat parodi terhadap lagu ini.

Dia yang teruja dengan sambutan menggalakkan ini memberitahu sangat teringin melihat I Am Me versi penyanyi No.1 Malaysia dengan caranya yang tersendiri.

IKLAN

DSV Seru Siti Nurhaliza Nyanyi I Am Me?

“Saya tak sangka ramai buat video parodi I Am Me, ini membuktikan orang ramai menerima lagu nyanyian saya ini.

 

“Sekarang saya nak seru Siti (Nurhaliza) bawa lagu saya ini… tapi boleh ke dia? Saya nak tengok I Am Me versi Datuk Siti pula,” jelasnya.

Walaupun pada mulanya Vida agak bimbang dan takut jika lagu tersebut tidak mencapai target yang mereka mahukan, tetapi dia terus beranikan diri untuk mengambil risiko.

IKLAN

DSV Seru Siti Nurhaliza Nyanyi I Am Me?

IKLAN

“Mulanya saya bimbang andai lagu ini dan nyanyian saya tidak mencapai tahap yang saya inginkan. Jadi saya terpaksa ambil risiko.

 

“Tapi alhamdulillah tak sangka ia meletup dan jadi viral di seluruh dunia. Nampaknya pertaruhan saya menjadi,” katanya lagi.

Selepas melihat feedback daripada penonton, Vida mula minat untuk memasuki dunia muzik dan berazam untuk menjadi seorang komposer lagu pula.

Hmmm agak-agaknya lagu seterusnya akan sama ‘berhantu’ seperti lagu I Am Me tak?

Sumber : mStar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI