Selepas kontroversi gagal membayar GST sebanyak RM4.2 juta, kali ini Datuk Seri Vida (DSV) terpaksa turun naik mahkamah sekali lagi.

Melalui laporan dari Sinar.TV, pengasas kecantikan ini telah didenda sebanyak RM4800 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas mengaku bersalah atas kesalahannya menyiarkan iklan tanpa mendapat sebarang kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat tahun lalu.

DSV akui telah menyiarkan iklan produk Pamoga di rancangan Jom Singgah yang telah ditayangkan di TV3 berhubung kebaikan produknya yang dapat memulihkan masalah kulit melecur, meredakan sakit sendi dan melegakan sakit lutut.

DSV Disaman RM4800 Atau Penjara 5 Bulan Kerana Iklan Pamoga?

IKLAN

DSV yang hadir tampil dengan berpakaian serba pink mengikut warna tema Vida Beauty Sdn Bhd, nampak sungguh tenang sepanjang berada di Mahkamah.

Malah DSV tidak keseorangan, dia juga turut diteman oleh anak lelakinya sepanjang berada di sana.

IKLAN

Jika gagal membayar denda mengikut arahan, DSV terpaksa berhadapan dengan hukuman penjara selama lima bulan.

IKLAN

MH Online difahamkan, sejak iklan tersebut bersiaran di kaca TV, beberapa pihak Penguatkuasa Farmasi Perak telah menjalankan siasatan berhubung penyiaran iklan tersebut dan telah didapati bahawa iklan tersebut tidak mendapat kelulusan dari pihak Lembaga Ubat.

MH Online doakan semoga semuanya dapat diselesaikan dengan segera dan harap DSV dapat mengambil perkara ini sebagai pengajaran.

Ini dia video tentang laporan tersebut…

Datuk Seri Vida didenda RM4,800Datuk Seri Vida didenda RM4,800 Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Vida didenda RM4,800 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini selepas mengaku bersalah menyiarkan iklan tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat, tahun lalu, lapor wartawan Nasional, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.

Posted by sinar.tv on Monday, August 28, 2017

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI