Siapa yang tak seronok kalau bakal mendapat ahli baru dalam keluarga kan? Mungkin itulah yang dirasai oleh pelakon, Norman Hakim yang bakal mendapat anak ketiganya bersama isteri, Memey Suhaiza.

Melalui perkongsian Norman di Instagram, kandungan Memey itu sudah pun memasuki trimester kedua.

“5th check-up on the 2nd trimister.Alhamdulillah #22minggu2hari #DocCakapNoBurungSee #Wallahualambissawab #TakKisahBoyKeGirlYangPentingBabySihatWalafiatAamiinYaRabb,” tulisnya di Instagram.

Sementara itu, Norman juga turut mengatakan dia tidak kisah sama ada anak tersebut lelaki atau perempuan dan hanya mendoakan kesihatan bayi dalam kandungan.

“Ya Allah..peliharalah zuriat ini.Peliharalah Ibu yang sedang mengandungkan zuriat ini.Sihat sejahterakanlah kedua2 mereka ini Ya Allah.

“Semoga zuriat didalam kandungan ini akan menjadi hambaMu yang sempurna pada segala sifat dalaman & luarannya,taat kepada segala perintah & laranganMu serta taat kepada kedua ibubapanya Ya Allah..Aamiin Ya Rabbal Alamiin. #normey3rdjr,” tulisnya.

IKLAN

Dalam pada itu, Memey juga turut memuat naik video sewaktu menjalani pemeriksaan doktor untuk kandungannya itu.

“Result dr check up tadi, dengar tak apa Dr.Zarina cakap? Doakan jelah yg terbaik, mana-mana pun ok..Sy akn update dr semasa ke semasa inshaAllah,” tulisnya.

IKLAN

Melalui ‘posting’ kedua-dua mereka, besar kemungkinan anak ketiga Norman dan Memey ini perempuan. Bestnya!

IKLAN

Sebelum ini, Norman dan Memey dikurniakan 2 cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5 tahun dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3 tahun.

Manakala melalui perkahwinan dengan Abby Abadi, Norman dikurniakan tiga zuriat iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10 tahun.

sumber: IG Norman Hakim & Memey Suhaiza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI