Sudah menjadi lumrah, setiap pasangan berkahwin pasti akan diajukan pertanyaan mengenai anak. Bagaimanapun, suami kepada Fazura, aktor Fattah Amin  mengakui tidak pernah rasa tertekan atau rimas apabila ditanya mengenai isu berkenaan. Baginya, isu bila nak dapat anak adalah suatu soalan normal yang akan ditanya.

Berkongsi mengenai perkara tersebut, Fattah ketika ditemui MH di majlis pratonton filem televisyen terbaru lakonan Fazura, Janji Zehan mengakui tidak menolak andai dikurniakan cahaya mata dalam waktu terdekat.

“Itu semua rezeki. Kita tengoklah. Sama ada lambat atau cepat, saya tidak kisah, terima saja rezekiNya,” kata Fattah yang mengakui selepas beberapa bulan bergelar suami, dia semakin mengenali isteri, dan menganggap itu merupakan suatu hal yang baik dalam melayari rumah tangga agar lebih harmoni. 

Dalam perkembangan lain, bekas Hero Remaja ini juga mengakui terpaksa berehat seketika daripada menerima sebarang tawaran lakonan bagi memberi ruang untuk fokus terhadap bisnes.

IKLAN

Kongsi bintang berusia 27 tahun ini, sejak Januari lalu dia tidak mempunyai sebarang komitmen penggambaran kerana mahu memberi ruang untuk diri sendiri, sekali gus membolehkannya  melakukan hal lain di luar lapangan seni.

IKLAN

Bagaimanapun, hero drama rantaian Hero Seorang Cinderella ini bakal terlibat di dalam sesi promosi filem aksi lakonannya, KL Special Force yang bakal ditayangkan Mac depan. Turut sama beraksi di dalam filem arahan Syafiq Yusof ialah Datuk Rosyam Nor dan Syamsul Yusof.

IKLAN

“Setakat ini, saya tidak mengambil tawaran berlakon kerana perlu selesaikan beberapa komitmen lain. Antaranya memberi tumpuan terhadap jenama diet, MRP Diet Soup yang bakal dilancarkan bulan depan. 

 

“Pada masa sama, saya juga turut menubuhkan Stalkers Cafe Event Space dan Alhamdulillah, tempahan ruang majlis yang kami terima begitu menggalakkan. Malah kami juga turut merancang untuk melakukan showcase akustik istimewa. Insya-ALLAH, Fazura pun akan turut serta.

 

 “Kena susun jadual supaya tidak kelam-kabut,” akhiri Fattah optimis. 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI