Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Penyanyi yang kini namanya semakin dikenali ramai dalam industri seni tanah air, Tajul terkilan apabila dirinya terpalit dengan gosip sebagai artis tidak berdisiplin.

Tajul berkata, dia terkejut apabila gosip yang tidak benar itu tersebar dan ianya sedikit sebanyak mencalarkan reputasinya serta mampu mengganggu mata pencariannya.

“Saya tidak tahu menahu bagaimana gosip itu boleh timbul kerana saya tak pernah keluar dari sebarang sesi fotografi tanpa sebab munasabah. Sekiranya saya hendak cepat, pasti ada hal kecemasan berlaku ataupun saya perlu bergegas untuk membuat persembahan.

 

“Jika situasi sebegitu terjadi pula, pastinya saya terlebih dulu menjelaskan keadaan sebenar kepada pihak berkenaan bagi memastikan tidak timbul sebarang salah faham. Saya mahu berkecimpung dalam bidang seni bagi tempoh yang lama, jadi takkan saya hendak berperangai sedemikian?

 

“Sebagai orang Melayu, saya tahu adab sopan dan perkara yang boleh membuatkan orang tersinggung. Tidak tahulah siapa yang memulakan cerita tidak benar ini dan saya berharap, orang itu bertanggungjawab terhadap fitnah yang disebarkan,” katanya.

Adik kepada Allahyarham Achik Spin ini juga berkata, dia memilih untuk tidak cepat melatah dan memahami lumrah kehidupan sebagai anak seni yang sering dihimpit dengan kontroversi.

[irp posts=”81″ name=”Sasha Saidin Rancang Ulang Tahun Ke 21 Elite”]

Tajul juga berharap agar peminat tidak menerima mentah-mentah segala gosip dan khabar angin yang melanda dirinya.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor bin Md. Shari, mula dikenali dalam bidang seni semenjak lagunya yang bertajuk Sedalam-dalam rindu menjadi hit dan diminati ramai. 

Dikatakan lagu ini ditujukan kepada arwah abangnya yang juga merupakan seorang penyanyi dan jika kita tonton klip video lagu ini juga turut menampilkan video dan gambar kenangan arwah Achik ketika beliau masih hidup.

Sumber › BH Online

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© All Rights Reserved • Karangkraf Group © Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: