Select Page
  • 1.9K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1.9K
    Shares

Saban hari, ada sahaja berita mengenai ‘Islamophobia’ kedengaran di luar negara. Sedih juga MH apabila mendengar berita tersebut.

Terbaru adalah salah seorang peserta ‘The Voice’ Perancis, Mennel Ibtissem, 22 tahun yang terpaksa menarik diri daripada program tersebut setelah dikecam teruk oleh masyarakat.

Punca utama dia dikecam berikutan salah satu ‘posting’ Facebook lamanya berkaitan dengan serangan pengganas yang membunuh puluhan nyawa pada tahun 2016 lalu.

Walaupun ‘post’ tersebut sudah dipadam namun ramai yang sempat ‘print screen’ dan menyebarkannya.

“Sekali lagi, seolah sudah menjadi rutin apabila ada serangan berlaku, pengganas akan membawa kad pengenalan bersama mereka.

 

“Ya, bila kamu tengah merancang sesuatu yang teruk, jangan pernah lupa untuk membawa IC sekali bersama,” tulis Mennel di dalam ‘post tersebut’.

Mennel merujuk kepada satu siri serangan ‘jihad’ di Perancis apabila polis dalam mengenal pasti pembunuh melalui dokumen yang ditemui dibadan mereka.

Penyanyi wanita tersebut mendapat pujian ramai menerusi lagu Hallelujah versi Arab dan Inggerisnya itu dalam rancangan tersebut.

Dalam pada itu, Mennel segera memuat naik video meminta maaf namun ‘nasi sudah menjadi bubur’ Pihak produksi The Voice menasihatinya untuk menarik diri bagi menenangkan suasana tegang yang berlaku.

“Saya tidak pernah berniat untuk menyakiti sesiapa melalui kata-kata saya, saat memikirkan ada yang terguris hati melalui perkara ini adalah menyakitkan.

“Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk berhenti (dari The Voice),” katanya.

Pada MH, sayang sekali bakat seperti Mennel terpaksa menghadapi nasib sebegini. Kita hidup di zaman teknologi ini, semua benda tidak boleh disorok, cerita 10 tahun lepas pun boleh dikorek kan?

Apa-apa pun, MH percaya bahawa Mennel boleh bangkit semula daripada insiden ini dan menjadi insan yang lebih kuat.

Pada mereka yang belum dengar lagu tersebut versi Mennel, MH nasihatkan dengar.. best kot!

 

Sumber: NDTV & BBC

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: