Minggu lalu telah berlangsungnya episod separuh akhir bagi program TV, Clever Girl dan salah seorang peserta pertandingan itu telah didakwa mendapat soalan bocor.

Peserta wakil Selangor, Shazana Kamaruzaman telah menjawab soalan yang diberikan sebelum sempat kesemua pilihan jawapan dibacakan oleh penasihat pertandingan itu, Datin Sharifah Shawati.

Rentetan daripada hal itu menerusi satu sumber, Shazana telah tampil untuk menerangkan situasi sebenar pada malam itu dan dia menafikan dakwaan ramai yang mengatakan bahawa dia mendapat soalan bocor.

Didakwa Dapat Soalan Bocor, Peserta Clever Girl Tampil Beri Penjelasan

IKLAN

Menurut Shazana, pada mulanya memang dia mahu menjawab A sebagai jawapan pada soalan itu namun begitu ketika dia menekan butang jawapan, jawapan pilihan B sudah dibacakan.

“Jadi saya teringat kembali melalui pembacaan saya sebelum ini jawapan untuk soalan itu adalah B.

 

“Apa yang tular mungkin mereka tidak dengar jawapan B sudah dibaca. Jujurnya memang bidang sastera bukan kepakaran saya. Sebab itu bila Alif Satar minta saya bacakan kembali jawapan saya tidak boleh ulang sebab tidak dapat ingat dengan betul tajuk sebenar karya Datuk Usman Awang itu,” ujar Shazana.

Dalam pada itu, Shazana menyatakan selepas tularnya video tersebut, laman sosial milik Shazana telah dihujani dengan komen-komen tidak puas hati netizen terhadap dirinya.

IKLAN

Namun peserta wakil negeri Selangor ini mengatakan komen-komen tersebut tidak mematahkan semangatnya dan dia mengambil perkara yang terjadi itu sebagai pengajaran untuk sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Shazana merupakan salah seorang peserta yang dapat mara ke peringkat akhir bagi merebut gelaran juara pertandingan itu.

IKLAN

Tiga lagi peserta yang berjaya ke peringkat akhir adalah, Sara Amelia wakil Perak, Hani Nazrina wakil  Perlis dan Fadila Zukaira wakil dari Negeri Sembilan.

Sumber: Utusan Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI