Beberapa hari lalu pemuzik terkenal, Ramli MS telah memuat naik sebuah status di laman facebooknya dengan melepaskan geramnya terhadap sebuah stesen TV.

Di dalam status itu tertulis bahawa artis hanya dibayar RM300 sahaja untuk program malam raya di mana harga itu terlalu murah buat artis.

“300henget artis di bayar untuk malam raya tv program?ni tahun 1972 ke?kau sgt ¥#£}^{¥|!!!ko patut dibuang kerja or amik je bhangla2 kat pudu tu nyanyi untuk tv program ko!!!!

 

“Tip dari sya utk artis2 …klu ada offer camni jawab kat produser tu.aku bagi ko 300 henget ko jgn call aku lagi ok.tq,” tulis statusnya di laman facebook.

Tulisannya di laman facebook ini telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata bersetuju dengan apa yang diluahkan oleh Ramli.

 

Dibayar RM300, Ramli MS Bengang Dengan Stesen TV

IKLAN

 

Antaranya penyanyi wanita, Nourul Wahab Depp atau nama sebenarnya Nurul Huda Abdul Wahab juga bersetuju dengan Ramli dan telah berkongsi status Ramli itu di akaun instagram miliknya.

IKLAN

Nourul berkata ini adalah antara sebab kenapa dia tidak selalu keluar di kaca TV sesebuah stesen TV. Katanya lagi masa mereka adalah duit juga.

“This is the reason why i don’t appear much in certain tv station. Our time is money too. Just to share with you all the public. This is what we getting some time. But i always got good payment from #astro and #rtm so far.

 

“Susah kan nak hidup untuk artis.. nasib baik i have herbalife and working on my new #frenchalbum project. Not to bad mouth about tv station that used to support me… tapi udah2 le bayar ciput.

 

“Artis pun nak hidup and ada bill nak bayar

 

“Nah.. today the truth has revealed from yours truly Dato Ramli MS.

 

“This one i like.

 

“Oh ini consider ada bayar… ada tu nak free je…,” tulisnya pada ruang kapsyen perkongsiannya itu.

 

IKLAN

Dibayar RM300, Ramli MS Bengang Dengan Stesen TV

 

Sumber: Facebook Ramli MS & Instagram Nourul Wahab Depp

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI