Selepas drama Hero Seorang Cinderalla melabuhkan tirainya dua minggu lalu, kini muncul pula drama Mencintaimu Mr. Photographer yang tidak kurang hebatnya dan mendapat sambutan daripada penonton.

Drama ini pula menggandingkan bekas finalis Hero Remaja 2011/2012, Syafiq Kyle dan pelakon wanita dari negara seberang, Hannah Delisha.

Nampaknya gandingan dua pelakon ini telah berjaya memikat hati penonton untuk terus menonton kisah cinta mereka di dalam drama ini.

Dibandingkan Dengan Fattah Amin; ‘Netizen Berhak Memilih’ – Syafiq Kyle

IKLAN

MH Online telah menemubual dan mengucapkan tahniah kepada Syafiq kerana drama ini berjaya mendapat sambutan dan harapan beliau untuk drama ini.

“Thank you so much dan saya berasa gembira dan sangat bersyukur kerana drama Mencintaimu Mr. Photographer ini telah mendapat sambutan yang sangat baik.

 

“Harapan saya adalah setiap drama yang saya lakonkan dapat memberikan kesan kepada penonton dan itu yang saya impikan dalam kerjaya saya.

 

“Bagi drama pula, harapan saya adalah supaya setiap drama akan lebih bersaing untuk menjadi lebih bagus,” ujarnya.

Sejak drama ini ditayangkan di saluran Astro bermula minggu lalu, banyak netizen yang memberikan komen positif dan antara komen yang paling diingati oleh Syafiq adalah kebanyakan netizen suka dengan hubungan Jemy dan juga Aira Qaisara dalam drama ini.

IKLAN

Komen yang diingati lagi oleh Syafiq adalah, netizen banyak memuji Hannah Delisha kerana kecantikan yang dimilikinya.

IKLAN

“Saya tak nafikan Hannah Delisha memang cantik,” ujar Syafiq.

Dibandingkan Dengan Fattah Amin; ‘Netizen Berhak Memilih’ – Syafiq Kyle

Selain itu, MH Online juga turut bertanya kepada Syafiq berkenaan kenyataan panas netizen ‘goodbye Fattah Amin, hi Syafiq Kyle’

“Netizen ada hak untuk bercakap tentang statement ‘goodbye Fattah Amin, Hi Syafiq Kyle’ dan netizen lebih berhak memilih untuk melihat apa yang mereka inginkan.

 

“Saya sendiri tidak tahu untuk komen tentang hal ini dan bagi pendapat saya ini adalah rezeki yang telah ditentukan untuk masing-masing.

 

“Bagi saya, masing-masing telah bekerja dengan keras untuk mendapatkan tempat yang tinggi untuk diri sendiri,” jelas Syafiq lagi.

Ada benarnya setiap yang diucapkan Syafiq itu, netizen mempunyai hak untuk memilih siapa yang mereka ini lihat dan antara Syafiq atau Fattah masing-masing juga mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI