Beberapa jam yang lalu pelakon jelitawan berwajah Pan Asian dan isteri kepada pelakon kacak serba boleh iaitu Farid Kamil ini ada memuat naik sebuah video di insta story dengan meletakkan kapsyen…

“crazy taxi driver! Absoulutley crazy. Tried to run us over and emergency break.”

Bengang dengan tindakan pemandu teksi yang dianggap sebagai pembuli jalanan, Diana berkata pemandu tersebut sengaja berlagak samseng. Diana telah memberikan lampu tinggi pada pemandu tersebut.

Sedar dengan apa yang terjadi, pemandu tersebut dikatakan sengaja memperlahankan kenderaannya dan sengaja break secara mengejut.

IKLAN

Bukan sahaja sempat merakam video pemanduan teksi yang tidak bertanggungjawab itu, Diana juga sempat memaparkan nombor plate kenderaan tersebut.

Diana Danielle Naik Angin Dengan Pemandu Teksi

IKLAN

Ish, siapa yang tidak bengang kalau berada dalam situasi seperti ini.

Jika dilihat jalan tersebut lancar dan tidak banyak kenderaan lain yang lalu di kawasan tersebut. Apasalahnya jika ingin perlahankan pemanduan, pergilah ke lorong yang sebetulnya.

IKLAN

Ini tidak, bila di ‘tegur’ melenting pula dia dibuatnya. Apalah nak jadi?

Diharap Diana bersabar dengan apa yang terjadi. Manakala buat pemandu tersebut, diharap janganlah ulangi pekara seperti ini lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI