Aktres, Diana Danielle baru-baru ini ada berkongsi luahan hati simpatinya terhadap ibu mengandung di akaun Instagramnya.

Panjang lebar luahannya di ruangan kapsyen gambar yang dikongsikan.

Diana mengatakan seharusnya para suami cuba memahami situasi yang dilalui oleh ibu-ibu yang sedang hamil ini kerana dalam keadaan fizikal yang harus menggendong bayi di dalam perut pastinya mereka akan letih dan tidak seharusnya mereka melakukan sebarang kerja seorang diri.

IKLAN

IKLAN

“Paling kecewa kalau nampak wanita mengandung masih diharapkan buat semua perkara yg dibuat sebelum mengandung. Tengok gambar ni elok2, kalau dah nak anak tu jaga lah orang yg mengandungkannya juga. Memang susah nak faham kalau tak pernah mengandung, cuma fahami yang bila kita bawa baby dalam perut tu mesti akan sentiasa (ya sentiasa) kita rasa berat, lesu, sakit belakang, lapar (selalu), walau dah tidur 8 jam masih rasa perlu tidur lagi 8 jam (especially 4 bulan pertama dan bulan terakhir), tak larat jalan sebab kaki bengkak/sakit, cramp perut (braxton hicks) especially kalau buat kerja rumah tunduk2 banyak, angkat barang… dan masa tu je la ibu mengandung tu dapat rehat sebelum baby arrive dan terus akan dipikul tanggungjawab bangun malam2, tahan mata siang hari, menyusu badan 24/7, etc etc. Sooo kalau nak mula berkeluarga janganlah lupa bukan senang untuk para wanita ada tenaga dan motivasi mcm org biasa. Kerja rumah takkan “disappear” dengan sendirinya, mesti ada org kena buat, baju yg berlonggok, pinggan mangkuk yang bertingkat, lantai yg penuh sisa makanan dan habuk takkan hilang kalau tak ada yg sanggup ambik initiative utk pikul dan anak2 yang lain (kalau bukan anak pertama) pun perlukan pantauan dan jagaan kasih sayang kalau mak tu tak larat nak jaga. (Last2 mak boyot tu jugak yang gigihkan diri buat sbb tak larat tgk keadaan sekeliling, hey apakah ini?!) Kalau dia dah jaga rumah dan anak elok2 waktu sebelum mengandung, tak salah kalau kita (suami/anak2 yang dah besar) jaga keadaan rumah dan ibu tu elok2 juga time dia tak berupaya utk bagi the best of her sbb mengandung dan berpantang. Jangan pandai kahwin je k �� Paham dak? (Tak guna badan sado tapi angkat pinggan kotor pun mcm angkat dumbell 100kg) Yang ibu mengandung pun, buat je apa yg mampu jangan buat lebih dari apa yg mampu sebab kalau dah rasa overstressed tu you CAN say “im tired, im pregnant, help me”, itu bukan alasan, itu kenyataan. So jgn malu2 nak ckp, i tak larat, yang penting baby selamat and ibu selamat. sekian, D #generalmessage #nasihatjekay,” luah rasa kecewa dan simpatinya.

Apapun nasihat yang diberikan oleh Diana ini ada betulnya dan para suami di luar sana kalau boleh bantulah isteri anda yang sedang hamil ini kerana berat tanggungan yang harus mereka lalui ketika mengandung.

IKLAN

Sumber: Instagram Diana Danielle

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI