Siapa yang tidak kenal dengan pasangan pelakon, Farid Kamil dan isterinya Diana Danielle.

Sekarang ini heboh memperkatakan tentang spekulasi berita rumah tangga Farid dan Diana sedang goyah apabila netizen dapat menghidu perkongsian mereka berdua di akaun Instagram masing-masing bahawa mereka tidak beraya bersama.

24 Jun yang lalu, sehari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri, Farid Kamil ada mengucapkan ucapan hari raya buat semua terutama kepada kedua-dua cahaya matanya, Muhammad dan juga Nur Aurora.

Daripada ucapan Farid itu, netizen mula menghidu yang Diana serta anak-anak mereka tidak bersama Farid untuk meraikan Aidifitri bersama-sama.

IKLAN

“Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin saya mohon daripada semua.. Terutama kepada Muhammad serta Nur Aurora. Semoga Hari Raya Tahun ini membawa Seribu Keriangan buat anakanda berdua..Babah di sini mendoakan Semoga Anakanda berdua senantiasa Dilindungi Allah swt dan berada dalam keadaan Sihat. I miss both of you Muhammad and Aurora,” ucap Farid.

Pada 1 Syawal yang lalu pula, di akaun Instagram Diana, dia telah berkongsi gambar serta kapsyen yang memberitahu bahawa dia beraya di Kuala Lumpur bersama dua orang anaknya dan nanti tiba pula giliran Farid untuk beraya bersama anak-anak mereka.

IKLAN

“Cerita pagi tadi: you + little boy + little girl = apa apa je lah!

“Ibu #teamrayakl mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Kejap nanti giliran Babah #teamrayaKedah pula with both of you babies. Have fun and makan puas puas. Jangan lupa kumpul duit raya ? Ibu know you will be in good hands under Babah’s care, I will miss my babies. So, any more team #rayaKL? Angkat tangan!,” tulisnya.

IKLAN

Terlalu banyak persoalan dan spekulasi yang tentang posting pasangan ini, namun Farid dan Diana masih belum memberikan apa-apa respons.

Kita tunggu…

Sumber: Instagram Farid Kamil & Diana Danielle

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI