Sarah Danielle atau lebih dikenali sebagai ‘budakwechat’ yang telah menimbulkan kontroversi kononnya digoda oleh pelakon terkenal Shukri Yahaya di sebuah aplikasi telefon telah tampil memberi penjelasan.

Wanita tersebut dikatakan telah berkenalan dengan Shukri ketika menjalani pengambaran di Kuala Kangsar, Perak beberapa bulan yang lalu.

Bila ditanya apakah motif sebenarnya, jawapannya ringkas. Dia hanya mahu Shukri berhenti daripada menganggu dirinya.

Malah dia juga berkongsi, setelah isu ini hangat diperkatakan akaun ‘shukri’ telah dipadam dan gambar profilenya juga sudah bertukar.

“Saya tiada apa-apa niat buruk selain mahu menghentikan gangguan dia. Sejak cerita ini heboh dia padam akaun Wechat peribadinya dan profile Instagram pun dia tukar.

IKLAN

“Kenapa dia nak takut kalau tidak bersalah, malah Instagram saya juga disekat dari akaunnya,” ujar Sarah yang merupakan model sambilan dalam satu mesej kepada mStar Online.

Dalam masa yang sama, pihak mStar Online juga ada menghubungi Shukri Yahaya dan cuba mendengar cerita dari pihak Shukri pula.

Shukri mempersoalkan apa yang sebenarnya dimahukan oleh model sambilan tersebut. Baginya, dia sendiri tidak boleh melatah dengan isu seperti ini kerana bimbang jika disalah tafsirkan.

IKLAN

‘Diam Sebab Malas Panjangkan Cerita, Jaga Reputasi,’ – Shukri Yahaya
Malah, Shukri juga menyifatkan perbuatan gadis tersebut adalah satu tindakan kurang bijak untuk mendapatkan publisiti murahan.

“Apa lagi yang dia nak? Tidak takutkah dia kalau saya ambil tindakan? Saya diam sebab malas nak panjang cerita kerana perlu menjaga reputasi diri dan maruah keluarga.

IKLAN

“Orang yang mengenali saya, tahu siapa saya. Jadi, kalau saya terus melayan, apa bezanya saya dengan dia?” soalnya sambil menyifatkan apa yang dilakukan wanita tersebut seperti ingin membodohkan diri sendiri.

Tenang menghadapi dugaan, Shukri menganggap kesini bukanlah kes yang berat dan boleh diselesaikan. Dia juga berharap agar isu ini tidak dipanjangkan bagi menghormati bulan mulia ini.

Isteri kepada pelakon tersebut juga tidak terlalu melenting dengan isu ini hanya ketawa dan menganggap agak kelakar.

Sumber : mStar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI