Petang yang cukup bahagia ini telah menyatukan dua hati antara pelakon cantik, Mawar Rashid dan Raf Yaakob kini sudah bergelar suami isteri yang sah.

Mawar yang telah diwakili oleh abangnya sah bergelar isteri dengan sekali lafaz sahaja.

Majlis pernikahan mereka ini telah berlangsung di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh ahli keluarga, teman-teman rapat serta rakan media.

Dalam majlis tersebut, Raf telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM900, tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak perempuan.

IKLAN

Mawar dilihat sungguh anggun dengan busana bertemakan Jawa, berbaju lace putih serta berkain batik.

Antara selebriti yang turut hadir memeriahkan majlis adalah, abang Raf sendiri, Datuk Fazley Yaakob, Emma Maembong, Syamim Farid, Ruhainies, Raysha Rizrose dan ramai lagi.

IKLAN

Semoga masjid yang telah dibina ini dirahmati dan kekal hingga ke jannah.

Tahniah diucapkan buat Mawar dan Raf dari kami di MH Online.

IKLAN

Ini di antara video yang sempat kami rakamkan sepanjang majlis berlangsung.

Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, 8 November 2017

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI