Bila menemubual penyanyi yang kini popular dengan lagu Separuh Mati Kubercinta ini, soal jodoh sudah tentunya menjadi antara topik yang tidak putus-putus ditanya.

Namun seperti biasa, Dayang sentiasa terbuka dan memberitahu pada masa ini, dirinya hanya sendiri, tiada insan istimewa di sisi.

Lalu sekali lagi, MH cuba tanyakan persoalan sama buat Dayang ketika sesi rakaman The Stage Media Hiburan baru-baru ini.

Katanya, sebagai manusia biasa dia sebolehnya mahu bercinta, tetapi untuk masa sekarang cinta itu belum lagi ada.

IKLAN

Tambahan lagi, fokusnya kini hanyalah untuk mempromosikan album terbaru, Dayang Nurfaizah yang sudah pun menemui para peminatnya sejak bulan lalu. Jadi sudah pasti isu cinta itu bukan suatu yang diutamakan.

“Jujur, saya masih tidak bercinta dengan sesiapa dan saya memang tengah tunggu seorang lelaki yang memahami diri saya ni,” katanya secara seloroh.

“Dalam tempoh 18 tahun saya dalam seni, memang sukar untuk cari lelaki yang benar-benar faham. Saya tak mahu apa yang sudah saya bina ini akan lain jadinya bila bercinta kelak. Jadi tentunya saya nak lelaki yang betul-betul boleh faham dan sokong kerjaya saya sepenuhnya,” ujarnya lagi.

IKLAN

Kongsi Dayang lagi, pada usia sekarang, dia tiada masa untuk bermain cinta seperti pasangan muda yang lainnya.

IKLAN

“Umur saya pun dah berapa. So tak ada masa nak cintan-cintun ni. Kalaulah betul nak bercinta, biarlah serius. Apa pun, saya percaya pada jodoh yang hadir sendiri, tidak diduga.

 

“Setakat ini, keluarga bukanlah jenis yang suka bertanya atau mendesak apabila bercakap mengenai jodoh ni,” terang Dayang yang bakal hadir dengan sebuah lagu patriotik bersempena dengan sukan SEA yang akan berlangsung di Malaysia Ogos depan.

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI