MH Online ada menghubungi anak kepada pengarah, Datuk Yusof Haslam iaitu Faizal Yusof. Menurutnya ayah beliau telah kembali sihat dan dibenarkan keluar dari hospital setelah dua hari di hospital.

Terdahulu, Yusof Haslam telah dimasukkan ke Hospital KPJ Tawakkal kerana telah disuspek mengalami keracunan makanan dan mula merasa tidak sihat sejak dua hari yang lalu namun tidak dapat disahkan keracunan makanan.

Menurut Faizal ini kali pertama ayahnya mengalami kejadian seperti ini.

IKLAN

Malah, pengarah itu dikatakan kemungkinan tekanan kerja membuatkan badanya mula lemah menyebabkan ruang untuk dirinya berehat itu agak terhad.

Lebih-lebih lagi dia kini sibuk dengan mengendalikan syarikat, buat program televisyen dan Shamsul pula sedang menjalani penggambaran filem Munafik 2.


IKLAN

Disamping itu, pengarah, Mohd Noor Kadir turut memuatnaik gambar bersama Yusof haslam ketika di hospital.

IKLAN

Ruangan komen di Instagramnya juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang mendoakan pengarah Gerak Khas itu kembali sembuh seperti sedia kala.

Namun, kejadian ini menjadikan peringatan buatnya agar tidak berkerja terlalu keras walaupun semangatnya masih membara.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI