Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tular di laman media sosial baru-baru ini tentang wajah seorang penyampai berita yang dikatakan mirip dengan wajah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Ti.

Pertama kali melihat pembaca berita tersebut memang wajahnya saling tidak tumpah seperti Tok Ti, jadi tidak hairanlah sampai ada yang menyangka Tok Ti kini sudah menjadi penyampai berita.

Kata pembaca berita yang bernama, Normazalina atau nama panggilannya Lina, dia berasa sangat terkejut apabila gambar-gambarnya semasa membaca berita menjadi viral.

“Saya agak terkejut bila gambar-gambar saya membaca berita jadi viral. Rasanya Datuk Siti terlalu cantik untuk disamakan dengan saya.

 

“Sebenarnya memang dari dulu ada yang perasan persamaan ini dan mereka ini adalah Siti Zoners iaitu peminat Datuk Siti sendiri.

 

“Cuma sekarang ia jadi viral. Malah gara-gara itu juga telefon saya sampai ‘hang’ bila menerima Whatsapp dari rakan-rakan yang bertanyakan tentang perkara ini,” kata Lina.

Lina berkata lagi, mungkin persamaan yang dikatakan seperti Tok Ti itu adalah kerana teknik solekan.

“Bila ramai yang tahu perkara ini termasuk jurusolek, mereka turut merias wajah saya sedikit sebanyak mengikut cara Datuk Siti sebab itu boleh nampak seakan Tok Ti,” jelasnya lagi.

Menurutnya, semakin ramai yang nampak akan persamaan ini apabila dia menjadi pembaca berita sejak tahun 2015 kerana viewers berita ini lebih besar.

Terdahulu, kerjayanya sebagai wartawan penyiaran bermula pada tahun 2009 dan diberi peluang membaca berita pada tahun 2010.

Tidak dapat dinafikan wajah Lina dan Tok Ti seakan-akan sama. Jom kita lihat wajah mereka, mana satu Tok Ti dan mana satu Lina. Cuba bandingkan!

Sumber: Vanilla Kismis

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "