Nampaknya berita mengenai sebuah stesen radio yang dikatakan engan memutarkan lagu penyanyi tersohor Malaysia Datuk Siti Nurhaliza kini hangat diperkatakan.

Sering menerima persoalan daripada peminat mengapa lagu terbaru Siti kurang diputarkan terutamanya di radio Era.fm, Siti telah bertindak berani untuk meminta stesen radio tersebut memutarkan lagunya berjudul ‘Segala Perasaan’ melalui sebuah tweet di akaunnya.

Datuk Siti Nurhaliza Minta Era.fm Putarkan Lagu Segala Perasaan?

“@era_fm, Salam hormat kpd seluruh warga kerja Era. Saya nak buat permintaan lagu Segala Perasaan. Budi baik kalian, saya & Sitizoners hargai,” tulisnya ringkas.

Tweet tersebut telah mendapat jumlah tweet yang tinggi oleh para pengikutnya terutamanya Siti Zoners. Menyedari apa yang terjadi, pihak radio Era tidak berdiam diri sahaja. Mereka turut memberi respons dan meminta untuk semua peminat dan pendengar terus membuat permintaan agar lagu tersebut dapat dimainkan.

IKLAN

“Terima kasih Dato. Lagu Segala Perasaan masih dalam Carta Lagu Baru Nak Up. Sitizoners perlu teruskan meminta lagu ini & mengundi di era.fm,” balas mereka dengan jelas.

Datuk Siti Nurhaliza Minta Era.fm Putarkan Lagu Segala Perasaan?

Sungguhpun begitu,ramai peminat Siti yang masih tidak berpuas hati kerana dikatakan telah lama mengundi namun kedudukan lagu tersebut masih lagi tidak berganjak ke kedudukan seterusnya. Ada juga beranggapan Era.fm sengaja tidak mahu menaikkan lagu ini kerana lebih membuka dan memberi peluang kepada penyanyi-penyanyi baru.

IKLAN

IKLAN

Apa pun MH Online harap selepas ini peminat Siti dapat bekerja lebih keras untuk mengundi dan memastikan lagu tersebut terus menaiki carta. Malah dalam masa yang sama kami juga harap stesen radio terbabit dapat membantu Siti untuk mempromosikan lagu ini juga.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI