Jujur kami sangat simpati dengan apa yang menimpa nasib anak Datuk Seri Vida yang dikenali sebagai Cik B yang baru sahaja berusia 12 tahun menjadi mangsa hinaan netizen.

Ibu mana yang tidak marah dan terasa hati jika darah dagingnya sendiri menjadi mangsa dan bahan lawak oleh individu yang tidak bertanggung jawab.

Jutawan kosmetik ini ada meluahkan kekecewaannya apabila membaca kata-kata kesat oleh keyboard warrior tentang rupa paras anaknya. Antara kata yang paling tidak boleh diterima apabila mereka mengatakan anaknya hitam dan hodoh.

Menjawab segala kata negatif, Vida memberi amaran kepada para netizen untuk tidak lagi mengutuk dan memberi ruang pada anaknya itu menikmati zaman kanak-kanaknya.

“Jangan kutuk Cik B hitam. Masa kecil saya lagi hitam daripada Cik B.. Cik B nak enjoy masa childhood dia.

IKLAN

Ikut de redah jer… Main bola tengah panas denganbudak budak jate (jantan).. Cik B jenis Brutal,”

Dalam masa yang sama di posting yang berbeza, Vida turut kongsikan beberapa gambar Cik B ketika berusia dua tahun sebagai bukti anaknya sama comel seperti anak orang lain.

IKLAN

Malah Vida juga memjelaskan anaknya bukanlah hitam sejak kecil, namun oleh kerana dalam usia yang sedang aktif dan lebih terdedah kepada panas Cik B miliki kulit seperti sekarang.

IKLAN

Vida juga sempat memuji anaknya itu dengan percapaian yang agak memusakan dalam usia 12 tahun dan rasa bangga dengan kelebihan yang anaknya ada.

“Cik B ni bijak orangnya… Minat muzik dan edit video…Bisnes pun pandai.. Dah ada agent dan stokissendiri. Mana budak 12 tahun buat gitu?” Tulisnya didalam caption.

Selain itu, Vida juga sedang merancang satu kejutanuntuk anak tercintanya itu. Kalau nak tahu kenalahtunggu….

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI