Jika sebelum ini hangat diperkatakan mengenai Shukri Yahaya dan Sufian Suhaimi yang dikatakan cuba menggoda wanita di laman sosial, kini giliran suami kepada Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Beberapa screenshot telah dikongsikan di sebuah laman forum yang memaparkan perbualan di antara Datuk Red bersama wanita tersebut.

Perkongsian ini telah mendapat perhatian pengguna forum dan kebanyakan mereka memberi pandangan yang negatif.

Dikatakan juga Datuk Red meminta gadis tersebut menghantar gambar berukuran penuh dan menganggap wanita tersebut akan kelihatan ‘meletop’.

Datuk Red Buat Hal Lagi?

IKLAN

Datuk Red Buat Hal Lagi?

Datuk Red Buat Hal Lagi?

Melihat apa yang terjadi, ramai pengguna forum tersebut turut berasa kasihan dengan nasib Datin Red dan Adira yang baru sahaja menimang cahaya mata beberapa bulan yang lalu.

IKLAN

Malah ada juga yang berkata mereka langsung tidak terkejut dengan tindakan suami Adira ini kerana sering menimbulkan kontroversi seperti punyai skandal dan sebagainya.

Terdahulu Adira pernah mengeluarkan satu statement kepada media di mana dirinya reda jika suaminya itu ingin memasang niat untuk berkahwin buat kali ketiga.

IKLAN

Adira juga pernah berkata, dia hanya menyerah segalanya kepada tentuan Tuhan sahaja dan rela hati menerima segala keputusan suaminya.

Sungguh pun begitu, kesahihan hubungan di antara perempuan tersebut dengan Datuk Red belum mendapat kepastian lagi.

Namun jika ia benar-benar berlaku kami harap ia hanya sekadar gurauan antara Datuk Red bersama temannya sahaja. Tak begitu?

Atau mungkin ini adalah fitnah untuk menjatuhkan reputasi nama baik Datuk Red?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI