Sekitar dua tahun lalu nama pelakon Boy Iman hangat dikaitkan dengan kontroversi bercinta dengan kakak kepada pelakon terkenal Emma Maembong iaitu Effa.

Selepas kontroversi itu senyap timbul pula kontroversi dikatakan  Boy Iman atau nama penuhnya Norul Iman Abd Rahman membeli gelaran Datuk daripada kerabat Naning.

Satu demi satu kontroversi yang melanda atas diri pelakon itu, terbaru pula status Doktor. Bagaimanapun, Boy Iman mengakui adakala tindakannya itu tidak disukai orang.

Baca: Boy Iman Kini Bergelar Doktor

“Sebenarnya saya pun seorang manusia biasa saja. Kadang tanpa saya sendiri sedar benda yang saya lalukan rupanya salah, perkara itu orang tidak suka. Tapi saya tak boleh nak puaskan semua hati orang.

“Kadang-kadang banyak juga kontroversi yang berlaku pada diri saya. Antaranya gelaran Datuk saya ambil dari Naning dan pernah juga dikaitkan dengan kakak kepada Emma Maembong, Effa. Ketika itu pula saya ada masalah rumah tangga,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran DBI Homes Hari Bertemu Pelanggan di Hampshire Flora Terrace, Kuala Lumpur.

Ditanya adakah status yang diberikan sebagai seorang Datuk dan juga doktor sah atau tidak ini jawap Boy Iman.

"Datuk saya sah dan saya dapat dari Pahang. Manakala status Doktor saya pula sudah dimasukkan ke dalam kad pengenalan saya.

"Kad pengenalan berstatus Doktor ini pun dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, bukan suka-suka boleh letak macam itu,” tegasnya.