FILEM Dangal lakonan Aamir Khan yang turut dibintangi Fatima Sana Shaikh, Sanya Malhotra, Sakshi Tanwar, Zaira Wasim dan Suhani Bhatnagar menjadi filem Bollywood paling laris selepas 16 hari tayangan.

Filem berdasarkan kisah benar itu berjaya mengatasi kutipan filem PK dan filem lakonan Salman Khan Bajrangi Bhaijaan dan Sultan.

Memetik India Times, Dangal telah melepasi kutipak PK dengan memperoleh 330,96 crore (RM21.7juta), hari ini.

Filem yang diarahkan oleh Nitesh Tiwari berkisarkan mengenai kehidupan ahli gusti Mahavir Singh Phogat yang melatih anak perempuannya, Geeta Phogat dan Babita Kumari untuk menjadi ahli gusti bertaraf dunia.

Sementara itu, Dangal adalah filem kelima Aamir selepas Ghajini, 3 Idiots, Dhoom 3 dan PK.