Nampaknya sejak kes Aliff Aziz menjadi kontroversi, ramai yang mula mempersoalkan adakah sesetengah selebriti dari luar negara ini mempunyai permit yang sah untuk meneruskan karier mereka dalam industri hiburan tanah air?

Bukan setakat artis Singapore, Indonesia atau negara-negara jiran, artis kelahiran Uzbekistan, Daler Yusuf juga tidak terkecuali terkena tempiasnya.

Daler Yusuf Sahkan Ada Permit Kerja

IKLAN

Sungguhpun begitu, Daler memperjelaskan dirinya sudah mempunyai permif yang sah malah sudah mendaftarkan diri serta punyai kad keahlian Persatuan Seniman Malaysia sebelum mula berlakon lagi.

“Saya sudah mempunyai visa atau permit bekerja sejak awal tahun lalu sebelum saya berlakon lagi. Sebaik sahaja visa belajar saya tamat dan terus mohon untuk kerja pula.

“Malah, pada masa yang sama saya juga telah mendaftar kad keahlian persatuan Seniman. Jadi, tidak ada timbul masalah yang berkaitan dengan permit,” jelasnya kepada mStar Online

Dalam masa yang sama, Daler turut memberitahu adiknya Sherzod Yusuf juga telah berjaya mendapatkan permit serta berdaftar di bawah ahli persatuan yang sama.

IKLAN

Daler Yusuf Sahkan Ada Permit Kerja

IKLAN

Malah, dia turut memberitahu waktu yang terhad dibenarkan membuatkan adiknya itu hanya menjadi seorang model sambilan sahaja sebagai tanda akur dan mengikuti syarat yang telah ditetapkan oleh Persatuan Seniman Malaysia.

“Adik saya masih belajar dan dia hanya ambil visa sebagai pelajar sahaja. Tapi dalam visa tersebut disediakan masa untuk dia bekerja.

“Cuma diberikan masa 20 jam dalam seminggu untuk bekerja separuh masa. Sebab itu, dia hanya ambil tawaran menjadi model,” ujarnya lagi.

Bagus betul dua beradik ni ya, mereka tahu apa yang mereka harus lakukan. Apa pun MH Online harap dua beradik ini punyai masa depan yang cerah dalam industri Malaysia.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI