Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Baru- baru ini pelawak dan penyampai radio, Shuk SYJ dan isterinya, Rossalennah telah mengadakan majlis akikah dan kesyukuran untuk anak sulung mereka, Nur Qurratu Ain.

Majlis yang berlangsung di Masjid Wilayah Kuala Lumpur itu dihadiri saudara dan juga rakan terdekat termasuk rakan-rakan pelawak.

Antara rakan artis yang turut hadir ialah Fikry Ibrahim, Fizi Hotfm, Mamak Puteh, Syarif Zero, Wan dan Chot daripada kumpulan XOXO.

Shuk juga telah berkongsi momen-momen indah sekitar majlis anak sulungnya itu menerusi akaun Instagram miliknya khas buat tatapan peminat.

Ruangan komen di instagram Shuk juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya yang begitu teruja dan memuji anak perempuannya itu cukup cute serta menyatakan wajah anaknya itu lebih menyerupai mukanya berbanding isterinya.

Perkongsian peserta Super Spontan Superstar 2017 itu telah menerima lebih daripada 7,000 likes setakat ini.

Malah, ada juga yang berkata pertama kali melihat isterinya, Rossalennah.

Nur Qurratu Ain dilahirkan pada 2 November 2016, pada pukul 10.05 malam di Pusat Perubatan Putra, Sungai Buloh.

Shuk dan Rossalennah mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2015 di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.

Dalam perkembangan lain, Shuk kini sedang bersaing dalam program Super Spontan Superstar 2017.

Di sini MH Online kongsikan foto-foto comel Qurratu Ain sepanjang majlis berlangsung.

 

 

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "