Pengacara dan pengarah kreatif, Aidid Marcello, telah selamat menjalani pembedahan ACL pada bahagian lutut kirinya baru-baru ini.

Difahamkan, Aidid,38, mengalami kecederaan di bahagian ligamen anterior cruciate (ACL) pada  lututnya ketika bermain bola.

Menerusi Instagramnya, bekas pengacara program Remaja ini menyatakan rasa syukur kerana sesi pembedahan telah pun berjaya dan dipermudahkan.

IKLAN

“Alhamdulillah, operation went well! Semua dipermudahkan, so hari ni dah buat physio dan banyak jugak improvement,” tulisnya.

Pada masa sama, Aidid turut memberitahu kesan ubat tahan sakit yang diambil.

IKLAN

“Cuma paling perit bila x dpt kencing semalam mmg cuak. Itu adalah side efx ubat tahan sakit. But so far Alhamdulillah!” kongsi Aidid sambil disusuli dengan tanda palang #aididaclprogress #aididitagain #aididitmyway #aididmarcellostyle.

Adid menerusi entri di IG sebelum ini turut berkongsi situasi yang menimpan dan rata-rata peminat memanjatkan rasa syukur dan berdoa agar bintang itu kembali pulih seperti sedia kala.

IKLAN

Foto/Video: Instagram Aidid Marcelo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI