Select Page
  • 700
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    700
    Shares

Pelakon, Sharifah Sakinah memang selalu menjadi bualan netizen. Apa sahaja yang dilakukannya selalu menjadi perhatian ramai terutamanya makcik bawang.

Terbaru, Sakinah ada berkongsi satu babak lakonan antara dia dan pelakon, Aiman Hakim Redza untuk drama Bini Aku Dari Neraka.

Video tersebut memaparkan bagaimana Sakinah dan Aiman dalam perjalanan menuju ke masjid sebelum ada babak ‘sweet’ antara mereka.

“Quick tease : lidya buat hal nak jalan kaki pergi surau sebab nak dapat pahala! Tapi kaki dia sakit suruh rudy angkat #biniakudarineraka @biniakudarineraka,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, ada yang meramalkan bahawa perkongsian tersebut bakal mendapat kecaman orang ramai.

Ternyata telahan itu benar apabila MH melihat ada banyak komen negatif mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun ada juga yang memberikan kata-kata semangat kepada Sakinah.

Pada MH, ada betulnya apa yang diperkatakan netizen itu apatah lagi mereka bukanlah pasangan suami isteri yang sah serta status Sakinah yang merupakan isteri orang tetapi, dalam menegur pun berpada-padalah.

Ada beberapa komen yang agak keterlaluan rasanya dan sepatutnya perkara ini boleh dinasihati secara elok, bukannya mengecam.

Apa-apapun, korang makcik-makcik bawang rileks okay…

Sumber: IG Sharifah Sakinah

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: