Kalau anda pernah menonton dan mengikuti drama Suri Hati Mr. Pilot, pasti anda ingat dengan gandingan lakonan pelakon lelaki popular, Fattah Amin dan pelakon baru, Alvin Chong selaku rakan baik Fattah dalam drama tersebut.

Kali ini bukan soal drama tersebut yang mahu kami sampaikan tetapi, ciri-ciri wanita idaman yang menjadi dambaan kepada dua orang jejaka ini.

Ciri-ciri Wanita Idaman Fattah Amin Dan Alvin Chong

Menurut Fattah, dia inginkan seorang wanita yang mempunyai hati yang baik, tidak berkira dan matang.

IKLAN

Benda pertama yang Fattah lihat pada seseorang wanita adalah hatinya manakala soal kecantikan jatuh di tempat kedua.

Terangnya lagi, hati yang baik itu bermaksud mempunyai budi pekerti yang baik dan ikhlas.

IKLAN

“Benda pertama saya pandang adalah hati, cantik nombor dua la tapi yang pertama ialah hati budi tu. Hati tu kena baik, kena bersih dan kena suci. Maksud suci tu dia ikhlas, so perempuan macam tu lah I suka,” ujar Fattah.

Ciri-ciri Wanita Idaman Fattah Amin Dan Alvin Chong

Pada Alvin pula, ciri-ciri wanita idamannya perlulah tahu untuk menghormati ibu dan bapanya, perlu ada kerjaya sendiri, harus pandai memasak, tahu bagaimana untuk menguruskan duit dan yang terakhir adalah penyabar.

IKLAN

“First thing kena hormat ibu bapa, second thing kena ada karier sendiri supaya dia tak bertempek dengan saya.

 

“Yang ketiga dia kena pandai memasak, keempat harus pandai uruskan kewangan family dan yang terakhir ialah penyabar sebab nanti nak kena jaga anak,” ujar Alvin.

Jadi itulah ciri-ciri wanita idaman yang didambakan oleh Fattah dan Alvin. Rasa-rasa anda ada tak ciri-ciri wanita idaman mereka?

Semoga Fattah dan Alvin dapat bertemu jodoh dengan kesemua ciri-ciri yang mereka mahukan ini.

Sumber: The House Fattah & Alvin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI