Betul ke Chef Wan masuk penjara? Pasti persoalan itu yang berlegar di kepala adakah ianya benar ataupun tidak.

Ya benar jawapannya, Chef Wan yang merupakan chef selebriti nombor satu Malaysia tidak lama lagi akan masuk ke penjara.

Berita ini dikongsikan sendiri oleh Chef Wan di akaun Instgaram miliknya yang memberitahu bahawa dia telah menerima tawaran daripada Discovery Travel and Living yang mengundangnya untuk menjadi hos bagi sebuah program terbaru mereka.

Chef Wan Masuk Penjara?

IKLAN

Di ruangan kapsyenya juga dia memberitahu lagi bahawa pihak produksi mahukan dia untuk melawat empat buah penjara yang terkenal di Asia dan memasak di dapur penjara. Namun bukan itu sahaja dia juga harus menyelami kehidupan penghuni di dalam penjara itu.

“They want me to visit 4 notorious prison camp in Asia and cook from the prison kitchen but also experience the life of this inmates,” tulisnya.

Chef Wan turut menyatakan perasaannya yang bercampur baur dengan rasa teruja, seronok, takut dan penuh dengan cabaran.

IKLAN

Dia juga turut mengatakan kepada penerbit rancangan ini yang pernah berkerjasama dengannya untuk rancangan BBC 2 Talkshow bersama Misal Hussein sebelum ini untuk menjaga keselamatannya ketika berada di penjara itu.

IKLAN

Di hujung kapsyennya dia menyatakan bahawa bukan senang untuk mendapat tawaran daripada Discovery Travel and Living ini dan dia yang terpilih dalam jutaan manusia di dunia ini.

Sesungguhnya negara kita harus berbangga kerana mempunyai seorang insan yang sangat berbakat dalam bidang masakan sehinggakan namanya diangkat ke mata dunia dan sekali gus membawa nama Malaysia bergerak seiring dengan kejayaannya.

Sumber: Instagram Chef Wan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI