Untuk filem terbaru Atomic Blonde, pelakon Hollywood terkenal, Charlize Theron akan melakonkan watak sebagai agen MI6.  Tugasnya adalah menyiasat pembunuhan dalam Perang Dingin Berlin yang memerlukan pelbagai aksi.

Charlize Theron Cedera Ketika Berlakon Filem Atomic Blonde

Menurut aktres berusia 41 tahun itu, dia perlu menjalani latihan selama dua bulan lebih supaya lakonannya untuk babak pergaduhan tampak semula jadi.

“Saya berlatih selama dua bulan lebih dan belajar cara-cara untuk melakukan aksi lasak.

 

“Saya bukanlah seorang ‘fighter’, jadi saya rasa latihan sebegini amat penting supaya lakonan nampak semula jadi,” katanya seperti yang dilapor portal Variety.

Theron muncul hampir setiap scene dalam filem itu, dan dia banyak melakukan aksi tersendiri tanpa menggunakan stuntman. Pada hari kedua, ketika latihan Theron telah mengalami kecederaan lutut.  Ketika itu juga sebenarnya dia tidak sihat kerana selesema.  

IKLAN

“Walaupun Theron selsema , dia memakai mini skirt dan tetap meneruskan aksi lakonannya,” kata James McAvoy, pelakon yang turut mebintangi AtomicBlonde.

Theron akui tidak mudah melakukan aksi lasak kerana mengalami beberapa kecederaan.

Sebelum ini, Theron juga pernah berlakon filem aksi The Fate Of The Furious 8 bersama Vin Diesel.

Atomic Blonde arahan David Leitch ini bakal menemui penonton di Malaysia pada 27 Julai ini.

IKLAN

Sumber : Variety.com

IKLAN

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI