Chacha Maembong atau nama sebenar Siti Aisyah Ismail, 21 nampaknya serius dengan hubungan cintanya dengan seorang pemuda cina bernama Leslie.

Bahkan pelakon kelahiran pantai timur ini juga sering memuatnaik gambar bersama dengan teman lelakinya, nampaknya Chaca kini tidak berselindung lagi.

Chacha Maembong Bercinta Dengan Pemuda Cina

Chacha Maembong Bercinta Dengan Pemuda Cina

IKLAN

Tambah adik kepada pelakon Emma Maembong ini, mereka ada juga ada merancang untuk membawa hubungan tersebut ke peringkat yang lebih serius iaitu berkahwin.

Dalam pada itu juga Chacha berkata mereka ada merancang mengenai keinginan jejaka tersebut untuk memeluk agama Islam.

IKLAN

“Insya-Allah kalau ada jodoh kami memang ada perancangan untuk berkahwin. Saya dan Leslie pernah berbincang yang dia nak peluk agama Islam.

 

“Namun, bukan dalam waktu terdekat ini. Saya pun masih lagi muda dan perjalanan karier masih panjang.

Di samping itu, pastinya peminat tertunggu-tunggu bilakah pasangan selebriti, Emma dan Kamal Adli bakal ke jinjang pelamin, sementelah lagi khabarnya pasangan ini sudah pun baru berbaik semula. Dalam pada itu Chaca juga yang mahukan kakaknya berkahwin terlebih dahulu darinya.

IKLAN

“Lagipun biarlah Emma berkahwin terlebih dahulu. Saya tak mahu langkah bendul,” ujarnya.

Chacha dan Leslie sudah menjalinkan hubungan cinta hampir setahun. Mereka berkenalan melalui rakan pada tahun lalu.

Selain itu, Chacha juga telah berlakon bersama barisan pelakon Bollywood Gulshan Grover dan Farida Jalal menerusi filem I’m Not A terrorist arahan Arijin Uppal yang bakal menemui penonton pada 5 Oktober depan.

Sumber : Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI