Select Page
“Hanya Boomerang, Tiada Langsung Unsur Lucah,” – Ika Nabella Jawab Isu ‘Comolot’ Dengan Suami

“Hanya Boomerang, Tiada Langsung Unsur Lucah,” – Ika Nabella Jawab Isu ‘Comolot’ Dengan Suami

Awal hari ini, rata-rata netizen memberi reaksi berbelah bahagi terhadap sebuah video yang dimuat naik aktres, Ika Nabella bersama suami. Difahamkan, video menerusi aplikasi Boomerang itu dibuat pasangan suami isteri ini ketika menghadiri majlis perkahwinan kenalan mereka baru-baru ini.

Apa yang tidak sedapnya, ada yang menempelak pelakon tersebut yang dikatakan sengaja show off kemesraan dengan cara bercumbu lalu menjadi tatapan ramai di media sosial.

Mengulas mengenai isu berkenaan, Ika ketika dihubungi MH menjelaskan, dia sendiri tidak sangka ia boleh cetuskan viral kerana baginya, tiada isu yang perlu diperbesarkan.

“Pertama sekali, saya dan suami tidak sangka apa yang dimuat naik itu menjadi tular sebab video tersebut hanyalah Boomerang saja. Saya tiada niat langsung nak lakukan apa-apa yang tidak baik. Hanya berkongsi kemesraan. Saya baca komen, ada yang ingat kami baru berkahwin dan sengaja bercium di depan umum.

 

“Posting itu pun bukan untuk menunjuk-nunjuk dan kalau diikutkan, video tersebut saya kenakan suami saya. Lepas itu kan saya gelak. Kalau kalian perasan andai ulang dia berulang kali. Lagi pula, saya rasa tiada salah untuk bergurau sedemikian kerana lelaki itu ialah suami saya yang sah. Itu hanyalah Boomerang, tiada unsur lucah yang boleh membangkitkan nafsu,” katanya jujur.

Pelakon asal Pulau Pinang itu bagaimanapun memohon maaf andai ada pihak yang rasa terganggu dengan video berkenaan.

“Kami cuma bergurau dan mungkin itu cara kami untuk pamerkan kemesraan dan kasih saying di antara satu sama lain. Terima kasih pada peminat yang mengambil berat dan bagi yang maki hamun tu, semoga anda mendapat hidayah,” akhiri pelakon drama Seharum Mawar itu.

Sehingga kini, posting berkenaan sudah pun ditonton lebih 90,000 kali menerusi Instagram milik pelakon tersebut.

 

Trend #TakTahuMalu Membanjiri Instagram!

Trend #TakTahuMalu Membanjiri Instagram!

MH agak tertanya-tanya mengapa sejak akhir-akhir ini MH sering nampak generasi Y sering menggunakan hashtag #TakTahuMalu.

Kami ingatkan ada apa-apa yang ingin mereka sampaikan rupa-rupanya ini merupakan trend terkini dikalangan mereka yang punyai aplikasi Musical.ly.

Mungkin ada yang tidak tahu lagu rancak dan catchy ini telah dinyanyikan oleh kumpulan Atmosfera, yang merupakan adik beradik berasal dari Sabah.

Apa yang MH boleh katakan, walaupun lagunya ada unsur lagu-lagu dari negara jiran, hingga membuatkan ramai keliru tentang originaliti lagu ini, namun MH tidak menafikan lagu ini masih punyai tarikannya sendiri.

Jadi tidak mustahillah kenapa lagu ini menjadi viral bukan? Janga terkejut, selain Malaysia lagu ini turut popular di Indonesia dan beberapa negara Asia yang lain.

Okay kami tak nak cakap panjang, tengok sendiri bagaimana lagu ini telah menjadi ikutan ramai.

Seriously apa yang MH boleh katakan kebanyakan video yang menggunakan hashtag ini sangat comel dan sweet!

Nah MH senaraikan beberapa video yang ada…

1.msyqrn._

– kamu taktahu malu.😍 #musicallymalaysia #musically #malaysianvipes #taktahumalu

A post shared by #MQnazir ✨| 13 | 🇲🇾 (@msyqrn._) on

2. thehxnnx

3. nr.suziey

#taktahumalu #musically #musicalindo

A post shared by Nr.Suziey (@nr.suziey) on

4. qu_ilyani

5. melati.zaaaai & anisbat._

6. melbatmira

#musicallymalaysia #musically #musicallyapp #taktahumalu

A post shared by mel | bat | mira | 13 (@melbatmira) on

7. nienaadarwis

Sakitnya Hati ku air Mata ku jatuh 😢 #taktahumalu #atmosfera #musically #malaysian

A post shared by @nienaadarwis on

8. ayuni.imran, ummu.saffa, fylyna._

@ummu.saffa @fylyna._ ❤️ #taktahumalu #musiciallymalaysian

A post shared by 16 (@ayuni.imran) on

9. marsya.syaaa

10. ohhjasz_

11. aujisomimi._

12. aljoerg & elinaaaaajoerg

@elinaaaaajoerg #taktahumalu ! Follow tiktok aku IDnya : alifjrg

A post shared by Alif Joerg (@aljoerg) on

Jangan terkejut ya, Shuib Sepahtu dan Shah THR Gegar turut tidak ketinggalan lakukan video yang sama seperti mereka minggu lalu…

MH tau mesti ramai yang tertanya-tanya macam mana lagu ni sebenarnya kan? Nah, ini dia MH tontonkan pada anda semua lagu Tak Tahu Malu dari Atmosfera.

Recap 6 Filem Lakonan Angelina Jolie Yang Paling ‘In’!

Recap 6 Filem Lakonan Angelina Jolie Yang Paling ‘In’!

Selain kes perpisahan bersama suami, Brad Pitt memberi impak besar di atmosfera seni dunia, nama Angelina Jolie sekali lagi mencuri tumpuan apabila ada individu yang dikatakan sanggup berhabisan berates ribu Dollar bagi mendapatkan wajah iras aktres hebat ini. Nah, tinggalkan seketika kisah sensasi Jolie. Sebaliknya, jom ikuti recap enam buah filem lakonannya yang paling diingati dari awal hingga kini.

1998 – Gia

 

Memegang watak sebagai seorang super model pertama yang popular pada akhir 70-an yang akhirnya dikatakan meninggal dunia akibat AIDS iaitu Gia Carangi, Angelina pada waktu itu mulai dikenali kerana bakat lakonannya yang boleh dipuji, tidak hanya bersandarkan kepada tiket seksi semata. Lakonannya yang daring turut menerima respons pelbagai peminat pada waktu itu.

1999 – Girl, Interuppted

Memegang watak sebagai seorang gadis psiko sebagai Lisa, Angelina menerima Anugerah Oscar bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Malah ia merupakan satu-satunya anugerah Oscar yang diterimanya sehingga kini. Filem yang turut dilakonkan aktres kecil molek, Wynona Rider ini menerima pujian rata-rata pengkritik filem antarabangsa.

2001 – Lara Croft: Tomb Rider

Ia merupakan filem bersiri pertama lakonannya. Mengisahkan perjalanan seorang pencari harta karun berdarah diraja, Angelina begitu komited di dalam filem ini hingga sanggup mengikuti latihan intensif di gim demi kesesuaian watak. Menerima bayaran yang tinggi di dalam filem tersebut, Angelina turut dikatakan sebagai penyumbang utama kepada keuntungan filem tersebut pada waktu itu. Dua tahun selepas itu, filem tersebut muncul dengan sequel, Lara Croft Tomb Raider: The Cradle of Life.

2005 –  Mr. & Mrs. Smith

Semuanya bermula dengan filem ini. Brad Pitt dan Angelina buat pertama kali digandingkan bersama hingga cinta terbawa-bawa ke luar lokasi. Dek kisah sensasi yang terpalit pada filem tersebut, ia secara tidak langsung memberi promosi percuma buat filem arahan Doug Liman itu. Filem tersebut berjaya mengaut untung bersih lebih 300 juta USD!

2008 – Changeling

Filem yang diarahkan oleh ikon Hollywood, Clint Eastwood ini memberi satu lagi pengharapan buatnya apabila dia dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam Oscar edisi ke – 81. Namun tuah belum menyebelahi aktres ini. Pun begitu, rata-rata penggiat filem memuji kredibilitinya yang memainkan peranana sebagai seorang ibu yang keliru perihal kehilangan anaknya.

2014 – Maleficent

Buat pertama kali, Angelina ‘membenarkan’ anaknya muncul sebagai Aurora sewaktu kecil dalam Maleficent. Filem yang diinspirasi melalui kisah dongeng Sleeping Beauty ini menyaksikan pelakon yang dilahirkan pada 4 Jun 1975 ini memegang peranan sebagai ibu peri yang punya kisah silam yang menyedihkan. Filem yang menelan belanja 263.3juta USD itu menemui peminat filem seluruh dunia pada Mei 2014 lalu.

 

 

 

 

‘Mereka Perlu Ada Identiti Sendiri’ – Tok Ram Jawab Isu Lambakan Artis Media Sosial

‘Mereka Perlu Ada Identiti Sendiri’ – Tok Ram Jawab Isu Lambakan Artis Media Sosial

Bagi penyanyi baharu yang mulai dikenali menerusi perkembangan media sosial misalnya menerusi YouTube atau Smule, pasti ada yang bakal berhadapan dengan tekanan besar terutamanya apabila mereka mulai terjun sebagai penyanyi profesional, dengan hanya berbekalkan sebuah lagu popular sahaja.

Dato’ Ramli M.S (Tok Ram) berpandangan, dalam konteks perniagaan seni ia secara tidak langsung boleh memberi satu bebanan kepada penyanyi baharu atas status ‘penyanyi’ yang diberikan peminat buat artis kesayangan mereka.

“Bayangkan andai piramid itu diterbalikkan. Yang berat itu ke atas dan yang ringan itu berada di bawah. Jadi mereka akan memikul gelaran yang mungkin mereka (penyanyi baharu) itu tidak minta pun. Mereka terlalu mentah untuk bergelar artis. Ia tidak semestinya kamu mempunyai sebuah single sudah boleh digelar penyanyi.  Kerjaya sahaja yang boleh dipanggil artis, tetapi status penyanyi itu sesuatu yang berlainan.

 

“Bermakna, sebagai seorang yang betul-betul boleh dipanggil penyanyi, kamu adalah individu yang sudah bersedia 100 peratus untuk membuat persembahan tanpa ada cacat cela.

 

“Malah saya sendiri tidak selesa bila digelar Maestro Muzik kerana ia adalah satu hirarki yang terlalu tinggi. Gelaran yang terlalu besar, kelas dunia,” jelas juri tetap program Gegar Vaganza ini kepada MH.

Ditanya mengenai lambakan artis khususnya penyanyi baharu pula, suami kepada penyanyi Alyah ini tidak mempunyai masalah andai kehadiran mereka yang ramai itu seiring dengan keupayaan untuk menyanyi secara baik.

“Bila ramai muka baru yang  boleh menyanyi hadir, ia sesuatu persiangan sihat bila mana semuanya berebut-rebut untuk menyanyi dengan bagus. Bukan merebut untuk mendapat nombor satu tanpa mempersiapkan diri sebagai seorang penyanyi sejati.

 

“Contohnya, bila seorang komposer memberikan lagu yang bagus buat mereka. Akan tetapi bila menyanyi secara ‘live’, mulalah ‘kelaut’. Jadi situasi itu tidak sihat. Lagu bagus, penyanyi pula sebaliknya. Penyanyi seberang seperti Agnes Monica sebagai contoh. Lagunya bagus dan persiapannya juga baik. Jadi standard sebegitu yang perlu ada buat setiap muka baru yang mahu pasang angan untuk menjadi penyanyi,” terangnya.

Tambahnya lagi, sesebuah program pencarian bakat baru sama ada nyanyian dan lakonan juga tidak boleh dilakukan proses pemilihan peserta dengan terlalu pantas. Sebaliknya, setiap peserta perlu diteliti dan ditapis dengan terperinci agar ‘output’ yang diterima itu boleh dibanggakan.

“Kita tidak perlu ada seorang lagi Jamal Abdillah. Mereka perlu ada identiti sendiri. Tidak perlu meniru penyanyi senior sedia ada. Kebanyakan mereka (penyanyi baru) lebih selesa untuk tiru, tanpa memikirkan identiti tersendiri. Akhirnya mereka akan datang dan pergi dalan dunia seni Malaysia,” akhiri Ramli.

Foto: Astro

‘Sejak Dari Dulu Mawar Impikan Untuk Menari Di Majlis Resepsi’ – Mawar Rashid

‘Sejak Dari Dulu Mawar Impikan Untuk Menari Di Majlis Resepsi’ – Mawar Rashid

Kalau anda mengikuti perkembangan artis comel dan cantik, Mawar Rashid pasti anda semua tahu minggu lalu telah berlangsungnya majlis resepsi Mawar dan Raf Yaakob.

Dalam majlis tersebut, Mawar telah membuat satu persembahan tarian dan persembahannya itu mendapat pujian daripada peminatnya namun begitu ada juga segelintir netizen yang mengecam.

MH berjaya mendapatkan Mawar untuk bertanya sedikit tentang persiapan persembahan tariannya pada malam resepsi lalu dan komen kepada segelintir yang mengecam.

Kata Mawar, idea untuk membuat persembahan itu datang daripada dirinya sendiri kerana sememangnya dia memang suka menari sejak kecil lagi dan mengimpikan untuk menari di hari bahagianya.

“Menari adalah salah satu daripada minat Mawar sejak kecil dan dari dulu lagi Mawar mengimpikan untuk menari di majlis resepsi Mawar sempena meraikan hari bahagia Mawar,” katanya.

Beralih kepada isu persembahan tariannya yang dikecam oleh segelintir netizen, Mawar berkata dalam setiap apa yang kita lakukan pasti ada yang tidak suka dan kita tidak dapat memaksa untuk mereka suka kepada kita.

“Apa yang saya boleh buat adalah percaya pada diri sendiri dan sentiasa berfikiran postif. Bagi saya apa yang paling penting adalah kesemua majlis saya bermula dari merisik, bertunang, bersiram, nikah dan resepsi Alhamdulillah berjalan dengan lancar.

 

“Mawar puas hati bila orang-orang tersayang, ahli keluarga, teman-teman dan rakam media gembira menghadiri ‘MawaRaf Reception’,” katanya kepada MH.

Pelakon ini juga turut menjelaskan, pada sesiapa yang mengikuti kerjayanya pasti tahu bahawa dia memang minat untuk menari.

“Mawar memang suka menari dan Mawar pernah menari di persembahan pembukaan DFKL tahun ini selain itu Mawar juga pernah masuk dalam pertandingan Perang Bibir TV9 di mana Mawar diperlukan untuk menari.

 

“Jadi Mawar rasa tak salah untuk Mawar buat perembahan tarian kepada suami dan para tetamu yang hadir di majlis perkahwinan MawaRaf.

 

“Mawar tahu ramai yang suka dan ada juga segelintir yang beri komen negatif. Mawar hargai dan berterima kasih kepada yang beri komen-komen positif.

 

“Untuk yang beri komen negatif pula Mawar juga terima dan cuba untuk perbaiki kekurangan Mawar,” katanya.

Dalam pada itu Mawar juga memberitahu kepada MH bahawa dia hanya mengambil masa selama dua hari untuk berlatih tarian pada persembahannya malam resepsi yang lalu.

Jom MH belanja sikit video persembahan tarian Mawar tempoh hari.

Baru Pergi Toilet Fazura Dah Rindukan Fattah…

Baru Pergi Toilet Fazura Dah Rindukan Fattah…

Alahai sejak dah kahwin ni MH tengok semakin romantik pasangan pengantin baru Fattah Amin dan Fazura ni.

Selalu MH ternampak Insta Stories pasangan ini yang buat netizen bersemut bila melihat betapa romantiknya mereka.

Menurut satu sumber, Fazura berkata dialah wanita yang paling bahagia ketika ini kerana dapat mengahwini lelaki seperti Fattah.

“Memang dialah lelaki saya nantikan selama ini. Saya tahu, dia lelaki yang baik, rapat dengan keluarga dan menyayangi kanak-kanak.

 

“Memang agak kekok pada mulanya, tetapi selepas mula membuat kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas termasuk memotong kukunya, baru saya dapatkan sesuaikan keadaan itu sepenuhnya,” katanya.

Tambah pelakon cantik ini lagi, sejak mereka mendirikan rumah tangga dia dan Fattah jarang berpisah untuk jangka waktu yang lama.

“Macam mana nak berpisah kalau pergi bilik air pun sudah rindu,” katanya sambil ketawa kepada BH Online.

Wah bertambah bersemutlah netizen bila mendengar kenyataan daripada Fazura ni kan. MH pun dapat merasakan betapa bahagianya rumah tangga pasangan ini.

Dalam pada itu, Fazura berkata dia dan Fattah masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata buat masa ini atas sebab komitment terhadap kerja.

“Kalau ditanya mengenai anak, kalau boleh kami nak tangguh dulu kerana masing-masing memang sibuk sehingga tahun depan. Lagipun, biarlah kami habiskan masa bersama dulu,” katanya.

Namun begitu, Fazura berkata dia tidak menolak kalau sudah ditakdirkan oleh ALLAH SWT rezekinya untuk menimang cahaya mata dalam masa yang cepat.

“Kalau ditakdirkan Tuhan nak bagi awal, kami takkan tolak rezeki yang diberikan,” katanya lagi.

Sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan hanya ALLAH SWT sahaja yang boleh menentukan. MH doakan agar masjid yang dibina oleh Fattah dan Fazura ini berkekalan dan diberkati serta bahagia sentiasa hingga ke syurga.

Sumber: BH Online

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: