Select Page
“Jangan Risau .. Dalam Rumah Ni Ada Ramai Orang” – Elly Mazlein

“Jangan Risau .. Dalam Rumah Ni Ada Ramai Orang” – Elly Mazlein

Elly Mazlein sekali lagi menjadi perhatian apabila dia bertindak menyindir bekas suaminya, Azmi Hatta menerusi akaun Instagram.

Ini dia posting yang dimuat naik penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini :

 

 

“jangan risau…dalam rumah ni ada ramai orang”

 

“ada air hot chocolate siap letak payung warna warnin, nokkkk” tulisnya

 

Tidak terhenti di situ sahaja, malah Elly juga menggunakan beberapa ‘hashtag’ yang dilihat ‘padu’ untuk menyampaikan mesej kepada Azmi.

 

 

Namun begitu, tindakan berani Elly itu mendapat pujian ramai menerusi ruangan komen di Instagramnya.

 

 

 

Foto : Instagram

 

“Tahun Depan Kami Akan Bertiga” – Elvina Kini Hamil Anak Pertama

“Tahun Depan Kami Akan Bertiga” – Elvina Kini Hamil Anak Pertama

Siapa tidak kenal dengan pelakon cantik dan muda ini, Datin Elvina Mohamad apabila dia mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung tahun hadapan.

Terdahulu, Elvina atau nama sebenarnya, Norazlina Mohamad, 23, telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Haniff Borhan yang merupakan seorang usahawan 18 Mac lalu.

Menerusi akaun Instagram, pelakon Isteri Untuk Diiktiraf itu memuat naik gambar bersama suami dengan mengenakan baju raya beberapa hari lalu.

 

“Yes betul, tahun depan kami akan bertiga 👶 Alhamdulillah.. thank you pada yang mendoakan kami ❤ #eidmubarak #myhappiness #blessed” tulisnya

 

 

Rata-rata peminat menyampaikan ucapan tahniah kepada pasangan itu dan tidak sabar untuk melihat kelahiran anak sulungnya yang dikatakan bakal bersalin sebelum tibanya Syawal 2019

 

 

 

Mh mengucapkan tahniah kepada pasangan merpati sejoli ini dan didoakan semoga semuanya dipermudahkan, insyaAllah.

Foto : Instagram

“Pernah Kumpul Duit Adik-Beradik Nak Masak Lauk Raya” – Ini Perkongsian Jep Sepahtu Tentang Hari Rayanya

“Pernah Kumpul Duit Adik-Beradik Nak Masak Lauk Raya” – Ini Perkongsian Jep Sepahtu Tentang Hari Rayanya

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu berkongsi pengalaman hidupnya satu ketika dahulu.

Katanya, antara pengalaman raya menariknya ialah, dia dan adik beradiknya pernah berkongsi duit untuk membantu keluarga membeli bahan masakan untuk Hari Raya Aidilfitri keesokan harinya.

“Ayah dulu bawa van kilang, adik-beradik pun masa itu ada yang dah kerja tapi belum punya kerjaya tetap.

“Saya masih ingat, esok nak raya tapi duit untuk beli bahan makanan memasak belum cukup. Jadi pada malam raya pakcik kami akan beri duit raya.

“Kami pun berpakatlah untuk kumpul duit adik-beradik bagi pada abah untuk beli bahan masakan. Itulah antara pengalaman yang saya akan ingat sampai bila-bila, kongsinya kepada MH.

Dalam pada itu, Jep turut berkongsi perasaan teruja dan gusarnya untuk ‘travel’ bersama anak mereka yang baru lahir April lalu, Dariya Inara.

“Itulah, saya sebenarnya fikir juga pasal nak ‘travel’ ini lagipun saya tak ada pengalaman tukar lampin bayi dalam kereta.

“Cuma saya harap supaya semuanya dipermudahkan, bawa budak bukannya mudah,” katanya yang cukup teruja untuk menyambut lebaran kali ini.

Mengapa Angah Raja Lawak Pernah Lari Rumah Di Petang Raya?

Mengapa Angah Raja Lawak Pernah Lari Rumah Di Petang Raya?

Angah Raja Lawak mendedahkan, dia pernah lari dari rumah semasa kecil dahulu.

Berkata kepada Media Hiburan, insiden tersebut berlaku semasa umurnya disekitar belasan tahun.

“Masa itu petang raya, bergaduh dengan mak punya pasal sampai saya nekad lari dari rumah. Bila lari tu, ayah saya pun ada kejar dan cari saya.

“Kemudian,saya sembunyi di rumah kawan. Nak dijadikan cerita, bila kawan-kawan sekampung tahu mengenai hal tersebut, ramai-ramai datang pujuk dan hantar saya balik.

“Pengalaman itu mengajar saya bahawa sahabat susah senang memang sukar dicari dan juga macam mana sekalipun, dengan orang tua jangan ‘nakal-nakal’,” kongsinya jujur.

Angah yang telah pun mendirikan rumah tangga dengan Amira Asyura Abd Razak Februari 2016 lalu sempat berkongsi mengenai Syawal pertama di rumah mertuanya di Melaka.

“Tahun ini balik belah isteri dahulu di Melaka. Kami amalkan sistem gilir-gilirlah.

“Paling saya suka, ibu mertua gemar memasak dan antara menunya adalah kambing masak merah, ketupat dan juadah-juadah raya lain,” katanya lagi.

“Adanya Social Media Ni, Semua Nak Bagi 2 Cents Masing-Masing Sampai Lupa Adab,” – Scha AlYahya

“Adanya Social Media Ni, Semua Nak Bagi 2 Cents Masing-Masing Sampai Lupa Adab,” – Scha AlYahya

Bekas juara Dewi Remaja yang kini sukses dan dunia seni dan bisnes, Scha AlYahya diakui sebagai antara selebriti yang tidak pernah kalah dalam bergaya. Bagaimanapun, bila namanya sudah selebriti, setiap yang dilakukan pasti ibaranya seperti ada yang tidak kena.

Misalnya ada netizen yang seakan tidak suka dengan penampilan terbaru aktres berkenaan yang bertindak memotong rambut lepas bahunya itu kepada potongan pendek baru-baru ini.

Difahamkan, pelakon tersebut bertindak mengubah imej bagi merealisasikan watak menerusi lakonan terbaru.

Meski mendapat kecaman dan reaksi berbelah bahagi, bintang berusia 36 tahun ini tetap relak di dalam menghadapi ‘jauh’ papan kekunci yang melampau ini.

Malah, beberapa hari lalu, Scha telah memuat naik posting di Instagram berhubung dengan sikap sesetengah netizen yang dilihat ekstrem di dalam memberikan pendapat. Secara profesional, isteri kepada Awal Ashaari ini menulis;

“I realize the mind and the heart can be delicate without powerful spirit atau semangat yang kuat mahupun foundation yang kuat. Im blessed i am mentally and emotionally strong . Plus dengan ada nya social media ni, semua nak bagi 2 cents masing masing sampai lupa adab. practice kindness in anything u wanna do or say.

 

“Tak salah berlainan pendapat dan preference cuma deliver cara yang appropriate and tak perlu rude . So please be kind to other people dan tak perlu body shaming or make fun of people’s looks.

 

“Be kind and understand differences. The world needs more kindness . Selamat Hari Raya yang kedua guys hope everyone is having a blast,” tulisnya.

Entri berkenaan turut mendapat sokongan positif peminat yang rata-ratanya bersetuju dengan apa yang dikongsikan pelakon Ti Amo Sweetheart 100 Hari itu.

Foto: Instagram Scha Alyahya

[GAMBAR] Sama Tapi Tak Serupa, Wajah Pelajar 17 Tahun Ini Iras Park Bo Gum

[GAMBAR] Sama Tapi Tak Serupa, Wajah Pelajar 17 Tahun Ini Iras Park Bo Gum

Seorang pelajar di Busan, Korea menjadi tular sejak beberapa bulan lalu apabila wajahnya dikatakan mirip bintang terkenal negara itu, Park Bo Gum. Dikenali sebagai Kim Min Seo, pelajar berusia 17 tahun itu mendapat perhatian ramai.

Difahamkan, jumlah pegikutnya menerusi Instagram menggunakan akaun @kms.02.02 turut meningkat belasan ribu pengikut sejak wajahnya menjadi tular.

Nah, ini dia beberapa foto Kim Min Seo yang memang hampir tak tumpah dengan pelakon terkenal itu!

Foto: Instagram Kim Min Seo

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: