Select Page
Hati-hati Ibu Mengandung, Anda Juga Terdedah Jadi Mangsa Seksual!

Hati-hati Ibu Mengandung, Anda Juga Terdedah Jadi Mangsa Seksual!

MH faham sekarang ni ramai yang suka kongsikan gambar-gambar mengandung mereka. Bukan setakat kalangan selebriti orang awam turut tidak terlepas berkongsi gambar baby bump mereka.

Ya, memang comel tetapi harus berhati-hati kerana anda juga terdedah menjadi mangsa pemuasan nafsu.

Jangan tak tahu sebenarnya ada golongan yang memang suka mengumpul gambar-gambar perempuan mengandung demi memuaskan nafsu mereka.

Jika dahulu Malaysia digemparkan dengan gejala Pedofilia kali ini muncul pula fenomena baru iaitu Maiesiophilia!

Apa Itu Maiesiophilia?

Maiesiophilia membawa maksud gangguan seksual yang merupakan kegairahan seksual apabila melihat wanita mengandung. Meskipun hanya sekadar melihat gambar perut, golongan ini mampu berfantasi secara melampau.

Isu menjadi hangat diperkatakan di media sosial apabila salah seorang pengguna Facebook yang tidak bertanggungjawab telah berkongsi di sebuah page ibu mengandung.

Malah, dia turut memberitahu akan menggunakan modal gambar-gambar ibu mengandung ini sebagai bahan untuk melepaskan nafsunya dan berimaginasi.

Menakutkan bukan? Jadi kepada ibu-ibu mengandung perlu berhati-hati jangan terlalu mudah untuk berkongsi gambar kandungan anda secara terbuka lebih lagi jika pakaian yang dipakai itu agak ketat.

Jadi tidak hairanlah mengapa sesetengah individu engan berkongsi gambarnya ketika mengandung terlalu kerap di media sosial.

 

Sudahlah Dimaki, Malah Aset RM4Juta Turut Lesap Dikebas Anak Sendiri!

Sudahlah Dimaki, Malah Aset RM4Juta Turut Lesap Dikebas Anak Sendiri!

Kejam! Nampaknya wujud lagi tanggang moden di dunia bukan? Sampainya hati berbuat sedemikian terhadap ayah kandung sendiri. Tepuk dahi MH membaca kisah yang dialami seorang ayah ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Daut @ Kassim Jali, 84 sebelum ini berstatus jutawan kerana memiliki tiga stesen minyak, ladang sawit, pusat ternakan ayam serta beberapa aset lain yang kesemuanya bernilai lebih RM4 juta.

Namun, sebagai seorang bapa, Daut telah mengagih-agihkan kepada tujuh anaknya yang berusia 41 hingga 58 tahun untuk diusahakan. Malangnya, lain pula jadinya. Kesemua anaknya lupa daratan!

Kesemua anaknya mengabaikan tanggungjawab terhadap dirinya sehingga terpaksa mengharapkan belas ihsan daripada anak-anak tiri serta isteri kedua yang kini tinggal di Masjid Tanah.

“Saya kesal kerana anak-anak meminggirkan saya. Nafkah sara hidup saya pun mereka tak beri, bagaimana saya hendak menyara kehidupan saya sedangkan saya amat memerlukan kos untuk rawatan kesihatan saya kini.

 

 

“Saya tidak mahu mempersoalkan terhadap apa yang telah diberikan kepada anak-anak, cuma melahirkan perasaan kecewa, macam ini balasan mereka kepada saya,” katanya.

Malah, kesemua anaknya sudah dua tahun tidak datang menjenguknya, bahkan sewaktu dia mengerjakan umrah pun mereka tidak datang berjumpa.

Lebih menyedihkan, sewaktu dia kehabisan minyak, dia ke stesen minyak yang diusahakan anaknya tetapi tidak diendahkan. Malah, anaknya tidak membenarnya untuk mengisi minyak.

Lebih dua jam dia menunggu dan dimaki pula. Sedangkan itu adalah stesen minyak yang diusahakannya dulu.

Daut menahan sebak ketika datang mengadu di Pejabat Pusat Perkhidmatan BN (Pembela BN) negeri di Bangunan Kota Cemerlang, Ayer Keroh.

Sementara itu, peguamnya, Mohd. Adli Ithnin berkata, tiga tahun lalu, Daut pernah memfailkan tuntutan nafkah terhadap anak-anaknya itu di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka dan berjaya memperolehi hak untuk menguruskan ladang ternakan ayam di atas dua lot tanah.

“Malangnya pada September lalu, anak-anaknya mengambil kedua-dua lot tanah tersebut dan juga perniagaan ayam menyebabkan beliau kini tiada lagi sumber kewangan.

 

 

“Sedangkan pada masa kini beliau terpaksa membeli keperluan makanan, ubat-ubatan, lampin pakai buang serta perbelanjaan lain yang kesemuanya berjumlah hampir RM4,000.

 

 

“Justeru, dia akan memfailkan tuntutan nafkah terhadap tiga orang anaknya berjumlah RM3,925 sebulan setiap seorang sehingga akhir hayatnya,” katanya.

Bagi MH tidak sepatutnya seorang anak berbuat sedemikian terhadap seorang bapa yang banyak berjasa membesarkan kita selama ini. Lebih-lebih lagi anak yang berjaya hasil usaha ayah sendiri, apa salahnya memberi sumbangan kepada mereka.

Sumber : Sinar Harian

Gelak Terlalu Banyak, Wanita Terpaksa Tahan Sakit Akibat ‘Jaw Lock’!

Gelak Terlalu Banyak, Wanita Terpaksa Tahan Sakit Akibat ‘Jaw Lock’!

Akibat terlalu seronok bermain kad dalam kereta api, seorang wanita dari China terpaksa dikejarkan ke hospital akibat terkehel rahang atau lebih dikenali sebagai jaw lock.

Semua ini berlaku apabila pasangan suami isteri yang sedang dalam perjalanan ke Kota Qingdao di Shandong mula bemain kad bersama.

Si isteri sungguh gembira menyebabkan dia tidak berhenti ketawa sehinggalah rahangnya terkehel.

Menurut tuan punya badan, sewaktu dia ketawa tiba-tiba satu bunyi letupan kecil berlaku dan telah menyebabkan mulutnya tidak boleh tutup.

Menyedari keadaan isterinya yang menahan kesakitan itu, suami kepada wanita malang ini bergegas meminta bantuan pihak kereta api.

Dengan segera mereka menambah kelajuan dan segera untuk memberinya rawatan.
Menurut satu sumber, wanita tersebut terpaksa melalui rawatan selama dua jam untuk membetulkan semula kedudukan rahang yang lari dari ‘landasan’.

Nampak Tak Masuk Akal, Tapi 20 Fobia Paling Pelik Ini Mungkin Ada Pada Anda…

Nampak Tak Masuk Akal, Tapi 20 Fobia Paling Pelik Ini Mungkin Ada Pada Anda…

Fobia air, tempat tinggi dan badut memang biasa kita dengar, namun biasakah anda dengar fobia dengan sayur-sayuran, angka, emas dan ada juga benda paling pelik fobia pada lelaki Inggeris?

Jika anda fikirkan anda sudah tahu tentang fobia, jangan terlalu cepat berpuas hati. Sebenarnya masih ada beberapa fobia lain yang lebih pelik dan adakalanya tidak masuk akal mungkin anda tidak tahu lagi.

Oleh itu, MH senaraikan beberapa jenis fobia paling pelik yang ada pada manusia…

1.Bathmophobia: Fobia pada tangga

Menurut sebuah kajian, ketakutan melampau ini ‘wujud’ kerana minda seseorang itu dalam keadaan terlalu berjaga-jaga untuk mengelakkan diri dari jatuh. Malah ada di antara mereka yang terlalu takut untuk bayangkan apa yang akan muncul di tingkat seterusnya atau mungkin mereka membayangkan bagaimana jika mereka terperangkap dan tidak dapat keluar dari kawasan tersebut.

2.Novercaphobia: Fobia pada mak tiri

Kebanyakan individu seperti ini mempunyai masalah menerima orang baru dalam hidup mereka.

3.Bancophobia: Fobia pada bank

Sejenis ketakutan yang melampau dikalangan orang kampung yang tidak percaya untuk meletakkan wang ringgit di dalam akaun bank kerana bimbang jika wang simpanan mereka akan hilang dan tidak dapat dikesan.

4.Hippopotomonstrosesquipedaliophobia: Fobia perkataan yang panjang

Fuhhh… tengok sahaja nama dah boleh tahu ketakutan jenis ini memang merumitkan. Ia terjadi pada individu yang terlalu takut melihat sesuatu ejaan yang terlalu panjang. Mereka akan mula hilang fokus dan dihantui dengan huruf-huruf di minda.

5.Eisoptrophobia: Fobia Cermin

Individu yang mengalami ketakutan seperti ini sebenarnya mempunyai masalah keyakinan diri. Mereka takut sekirannya refleksi diri mereka ada kekurangan yang tidak boleh diterima. Malah mereka juga seorang yang sangat penakut kerana bimbang akan ada ‘sesuatu’ muncul di belakang mereka sewaktu melihat cermin.

6.Hyelophobia / Hyalophobia: Fobia pada kaca

Individu seperti ini selalunya memang takut jika melihat sesuatu seperti gelas atau kristal, bukan apa, mereka terbayang bagaimana sekiranya kaca itu pecah dihadapannya. Malah lebih menakutkan jika terkenang bertapa tajamnya kaca jika menjadi serpihan.

7.Linonophobia: Fobia pada tali

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana fobia pada tali? Apa salah tali? Namun menurut sebuah kajian, selalunya individu yang mempunyai fobia pada tali kemungkinan besar trauma dengan sesuatu kejadian. Apabila melihat tali, mereka akan terbayang seksaan yang cukup dasyat. Namun sejauh mana kebenaran hanya individu yang benar-benar ada jenis fobia ini sahaja lebih tahu.

8.Mageirocophobia: Fobia untuk memasak

Ingat tak cerita Isteriku Bukan Tukang Masak yang pernah dilakonkan oleh Zara Zya dan Ajak Shiro? Jangan terkejut ya, benda ni memang benar-benar wujud. Selalunya individu yang ada fobia macam ni, kurang yakin dengan kebolehan diri. Mereka bimbang jika mereka akan musnahkan segalanya. Kalau nak tahu, ada juga yang gagal mengawal diri sampai boleh pengsan ya!

9.Melanophobia: Fobia pada warna hitam

Hitam sinonim dengan maksud kegelapan. Jadi individu seperti ini memang benar-benar tidak suka diselubungi dengan perkara-perkara yang mempunyai unsur ‘kejahatan’.

10.Mnemophobia: Fobia pada memori

Fobia ini selalu ada pada individu yang punyai sejarah silam yang buruk atau terlalu mengecewakan. Sekirannya memori itu kembali, individu ini cenderung mencederakan diri supaya mindanya berhenti memikirkannya. Jadi tidak hairanlah mengapa mereka tidak mahu ingat kembali apa yang terjadi bukan?

11.Myrmecophobia: Fobia pada semut

Selain fobia pada seranga, ada juga individu yang fobia dengan semut-semut halus. Lagi pula jika semut tersebut di satu kawasan yang sama. Tetapi apa yang MH faham, perkara ini bukanlah lebih kepada takut. Sebaliknya lebih menggelikan.

12.Octophobia: Fobia pada bentuk 8

Fobia jenis ini ada kena mengena dengan perkara-perkara tahyul. Bagi sesetengah individu pergelungan yang terhasil sehingga terjadi no “8” seperti ada ‘sesuatu’ di tengah-tengah nombor tersebut.

13.Papyrophobia: Fobia pada kertas

pelik bukan? tetapi tahukah anda, fobia pada kertas memang benar-benar wujud. Individu yang mengalami masalah ini tidak akan pernah cuba menyentuh kertas atas beberapa sebab. Antaranya seperti mereka ngilu dengan geseran kertas ataupun takut jika hujung kertas akan menyebabkan luka.

14.Pentheraphobia: Fobia pada mak mertua

Dengar seperti lucu, tetapi percayalah ini benar-benar berlaku di kalangan masyarakat kita. Namun mengikut satu kajian, fobia ini sering terjadi di kalangan pasangan muda kerana mereka kurang mahir mengambil hati ibu mertua. Mereka mempunyai simptom yang sama seperti Novercaphobia yang sukar menerima kehadiran ibu tiri.

15.Phonophobia: Fobia pada suara sendiri Di Telefon

Pernah dengar tak kawan-kawan merungut tak suka dengar suaranya sendiri di telefon? Jangan tak tahu ya, sebenarnya memang ada individu yang fobia mendengar suaranya sendiri. Tak percaya cuba rekod suara kawan-kawan yang ada dan bagi mereka dengar semula. Pasti akan ada yang menjerit dan minta untuk anda padamkan suaranya.

16. Hexakosioihexekontahexaphobia: Fobia angka 666

Fobia ini ada kene mengena dengan kepercayaan karut dan tahyul. Mereka menganggap angka ini ada kena mengena dengan ilmu hitam.

17. Agyrophobia: Fobia Melintas Jalan

Sebenarnya ramai jugak masyarakat Malaysia yang punyai fobia seperti ini. mereka menganggap melintas jalan itu umpama salah satu cara yang mampu mengadai nyawa.

18. Arachibutyrophobia: Fobia Dengan Selai Kacang

Jika da yang allergic kacang, ada juga individu yang fobia dengannya terutamanya mentega kacang yang melekit-lekit. Mereka paling takut sekirannya selai kacang tersebut melekat di jari jemari, lelangit atau lidah.

19. Cathisophobia: Fobia Duduk

Duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan keresahan dan sakit, malah mereka juga bimbang dan rasa rimas kerana rasa seperti terperangkap dalam satu tempat yang sama.

20. Automatonophobia: Fobia dengan patung replika yang sebiji seperti manusia

Ia agak berbeza dengan pediophobia, Automatonophobia selalunya melibatkan patung-patung replika persis patung seperti puppet dan sebagainya. Individu yang punyai fobia seperti ini selalunya membayangkan patung-patung tersebut ‘bernyawa’ dan sangat menakutkan.

 

Ibu Sanggup Lacurkan Anak Demi RM50, Dipenjara 75 Tahun

Ibu Sanggup Lacurkan Anak Demi RM50, Dipenjara 75 Tahun

Aduh, tergamak betul seorang ibu melacurkan dua anak kandungnya kepada warga asing demi duit. Geleng kepala betul MH dengar cerita macam ni.

Ibu tersebut yang merupakan ibu tunggal dijatuhkan hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru selepas mengaku bersalah Oktober yang lalu.

Dia juga yang berusia 39 tahun itu diarahkan Hakim Kamarudin Kamsun untuk menjalani hukuman penjara 15 tahun untuk 10 pertuduhan yang mana setiap dua daripadanya berjalan serentak.

ibu tunggal itu didakwa menganiaya dari segi seks dengan cara melacurkan dua anak kandungnya yang masing-masing berusia 13 dan 10 tahun di sebuah hotel bajet di Larkin di antara 1 hingga 7 Oktober yang lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 dan di baca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Ia memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000, penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, sebagai tambahan kepada hukuman boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan hendaklah dihukum dengan sebat.

Wanita bersikap keji itu juga tergamak melacurkan dua anaknya hanya untuk mendapatkan bayaran serendah RM50 daripada lelaki warga asing selain dikatakan sanggup menyaksikan perbuatan terkutuk berkenaan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi’uddin manakala tertuduh tidak diwakili sebarang peguam.

Sumber : Sinar Harian

‘Orang Tanya Kenapa Tutup Muka Suami’ Wanita Tabah Jawab Persoalan Netizen

‘Orang Tanya Kenapa Tutup Muka Suami’ Wanita Tabah Jawab Persoalan Netizen

MH agak tersentuh baca satu perkongsian seorang isteri yang membuatkan ramai tertanya-tanya mengapa gadis ini sering menutup wajah suaminya jika muat naik gambar ke sosial media.

Rupa-rupanya, Nurr Hidayah Hassan memberitahu dia bukan dengan sengaja untuk melakukan sebegitu sebaliknya kerana suaminya itu sedang mengalami masalah kulit yang berpunca dari sakit mata.

 

Melalui sebuah posting, Hidayah memberitahu suaminya Hamdan Hashim bukanlah mempunyai penyakit kulity yang kronik, tetapi sebenarnya dia terkena alahan teruk melalui ubatan yang diambil.

Penyakit ini dipanggil Steven Syndrome Johnson di mana ubat yang diambil itu telah menyebabkan kulit terbakar dan ia dianggap sebagai alahan paling teruk yang jarang didapati oleh manusia biasa.

Jujur kami tersentuh melihat bagaimana Hidayah sanggup sabar dan bertahan untuk semua ini.

Menurutnya dia sangat takut untuk berkongsi gambar suaminya di media sosial kerana bimbang jika ada yang mengutuk.

Malah, Hidayah turut memberitahu kulit suaminya semakin pulih dari hari ke hari. Namun keadaan mata semakin teruk.

Malah, Hidayah turut memberi contoh yang baik dan buatkan ramai kagum dengan kemuliaan hatinya apabila berkongsi perasaan redhanya dan ikhlas bersama suami tanpa simpan sebarang dendam.

Apapun kami puji nilai positif dan semangat yang kuat ditunjukkan oleh Hidayah. Semoga suaminya diberi kesihatan yang baik dan semakin pulih.

Ini dia beberapa gambar yang sempat dikongsikannya.

 

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: