Rasanya sudah banyak kali isu mengenai ‘bila mahu bertudung’ ini ditanyakan kepada pelakon, Sharifah Amani. Apatah lagi, ibu dan kakaknya, masing-masing sudah membawakan imej bertudung.

Terbaru, dia memuat naik dua foto di laman Twitter miliknya di mana satu menunjukkan dia bertudung manakala satu lagi tidak berserta kapsyen yang wow!

“Sama ja orangnya. Itu pasal orang cakap ‘Don’t judge a book by its cover’. Cantik kat luar tak semestinya elok kat dalam, kasar kat luar tak semestinya tak sopan di dalam.

“Women are so much more than what we wear. Look beyond surface get to know the person within,” tulisnya.

Apa yang menarik perhatian MH adalah respon yang diberikan pelakon, Adibah Noor kepada Sharifah Amani.

IKLAN

“Hang kena tarbiyah la ni,” tulisnya.

Bagaimanapun, Sharifah Amani membalas menafikan bahawa dia ada terima sebarang ‘tarbiyah’ mengenai isu tersebut.

“Mana ada,” tulisnya.

Dalam pada itu, MH lihat banyak juga komen memuji bahawa dia kelihatan cantik bertudung dan memberikan kata-kata sokongan kepadanya.

IKLAN

‘Cantik Kat Luar Tak Semestinya Elok Kat Dalam’- Sharifah Amani Kongsi Pandangan Tentang Isu Bertudung

‘Cantik Kat Luar Tak Semestinya Elok Kat Dalam’- Sharifah Amani Kongsi Pandangan Tentang Isu Bertudung

IKLAN

Pada MH, kita doakan sahajalah semoga pintu hatinya akan terbuka untuk bertudung. Bak kata orang ‘baby step’. Kalau kita lihat sekarang pun Sharifah Amani banyak juga bergambar mengenakan tudung.

Apa-apapun, kita doakan yang baik-baik sahaja. Mana tahu berkat doa itu terbuka hati Sharifah Amani untuk bertudung.

sumber: Twitter

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI