Dah lama MH tak nampak kemunculan pelakon lelaki, Iqram Dinzly dikaca TV. Walaupun sudah lama tidak berlakon namun Iqram dilihat masih lagi aktif di media sosial dan selalu berkongsi luahan hatinya di Instagram.

Cuma penampilan Iqram sekarang ini sedikit berbeza dari dahulu. Malah, ada juga sesetengah pihak yang mendakwa sikapnya juga berubah hingga membuatkan sesetengah pihak pelik.

MH cuba meninjau Instagram milik Iqram dan ternampak pula satu perkongsian luahan hatinya.

Mungkin dek kerana sering menerima kata-kata kecaman daripada netizen, Iqram tetap berdiri teguh dengan pendiriannya.

IKLAN

“Aku tahu aku manusia alpa . Aku manusia yang banyak berdosa . Aku usaha untok tidak menyusahkan sesiapa . Namun tetap jua manusia itu bersangka – sangka .
Salahkah aku berseni sendiri . Tanpa meminta simpati diri . Aku seolah – olah ingin meminta royalti terhadap mereka yang mengambil kesempatan terhadap semua ini .
Atau aku harus terus diam menyepi tanpa perlu mengerti tentang situasi ini .
Berdiam tetap berbunyi . Jadi sudi – sudilah bayar royalti kerna aku tidak mahu dosa kalian dengan aku berlipat tinggi . #108020064258 #maybank

 

“Terima kaseh kerna mengambil berat diri aku yang dibenci ini .cacilah , caci sebanyak mana yang hendak dicaci .

 

“Aku hanya mampu berdoa dengan @bawaabata.merebucks ini , akan aku usaha cuci , suci , murni dengan segala yang terjadi . Itu antara aku dengan Illahi .
Selamat mencaci bertubi – tubi . Aku rela tanpa rasa peduli di hati . Silalah wahai sesiapa yang sudi . ✌?? ______ dr. Princhiqy Dinzly, tulis Iqram.

Pengikut-pengikut Iqram di Instagram juga nampaknya memberikan kata-kata positif buat pelakon ini untuk tidak ambil pusing dengan dakwaan dan tuduhan negatif yang dilemparkan kepadanya.

mohd_rizal_zakaria: yg penting anda suke dgn ape yg d lakukan dn berbahagia…tu yg penting..biase org suke menilai dr segi luaran,pkaian,gajet dn harta banda..ttpi Allah menilai hati dn ketakwaan seseorg..semoga saudare sentiase d sayangi oleh maha menyayangi..

aulianayuliana: Manusia mudah melatah… Manusia mudah menilai seseorg dari luaran saja… APA salah beliau .. Dia tidak menyusahkan dirimu…jadi ada mata kita lihat..ade telinga kita dengar…selebihnya jangan ambik pusing

IKLAN

rusdi.rahman77: @dr.princhiqydinzly harap bertabah saudara. Dalam dunia ini semua orang pernah melalui cacian dan dugaan. Masalah tidak akan putus menguji kita. UjianNya untuk kita kerana Dia tahu yang kita ini mampu hadapinya. ? semoga berjaya dalam apa jua yang saudara iqram lakukan.

‘Aku Hanya Mampu Berdoa’ – Iqram Dinzly

IKLAN

Sebagai seorang selebriti tak dapat dinafikan setiap gerak gerinya akan sentiasa mendapat perhatian ramai tapi dia juga manusia biasa seperti anda semua.

Jadi buat segelintir pihak yang sering memberi kata-kata negatif itu, mungkin perlu belajar menghormati hati dan perasaan orang lain juga.

‘Aku Hanya Mampu Berdoa’ – Iqram Dinzly

Sumber: Instagram Iqram Dinzly

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI